web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPM, SPR Bincang Penggunaan Sekolah Pada PRN Johor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 3:38PM

SPR dan KPM akan mengadakan perbincangan esok mengenai penggunaan sekolah menengah sebagai pusat mengundi PRN Johor. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Satu perbincangan akan diadakan antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Pendidikan (KPM) esok, susulan penggunaan sekolah menengah sebagai pusat mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, pihaknya meminta SPR supaya tidak membabitkan bilik darjah yang akan digunakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

"Bilik peperiksaan ini sudah disusun pihak sekolah dan guru, ia sudah mengikut indeks nama murid. Sebarang gangguan susunan pada aturan itu boleh memberi implikasi besar.

"Jadi, kita sudah maklumkan perkara ini kepada pihak sekolah, dan KPM akan berbincang dengan SPR esok bagi meneliti perkara ini. Kalau nak guna, perlu elakkan penggunaan bilik utama untuk peperiksaan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Sekolahku Sejahtera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Mohd Radzi menegaskan, KPM komited dengan pendirian supaya sekolah menengah di Johor tidak digunakan sebagai pusat mengundi, namun pihaknya terpaksa akur dengan keputusan yang sudah dibuat.

"SPR mempunyai akta yang membolehkan suruhanjaya itu mengambil sekolah sebagai tempat mengundi sekiranya didapati perlu.

"KPM sedar bahawa ini adalah tempoh penting dan perlu menumpukan sepenuhnya dalam pelaksanaan SPM. Kita perlu jalankan dalam keadaan teratur," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pemakluman Lembaga Peperiksaan berhubung pelaksanaan semula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini, Mohd Radzi berkata, KPM belum membuat keputusan berhubung perkara tersebut.

Katanya, kementerian pada masa ini sedang meneliti pendekatan sesuai berkaitan PT3 dengan mengambil kira tahap penguasaan murid.

"Kita belum buat sebarang keputusan berkaitan PT3, ini jelas. Belum ada sebarang keputusan rasmi oleh KPM berkaitan PT3 ini.

“Justeru, kementerian sedang meneliti apakah pendekatan paling sesuai berkaitan PT3 ini dengan mengambil kira tahap penguasaan murid di sekolah,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung pelaksanaan semula PT3 yang akan diadakan semula sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada ibu bapa.

Maklumat yang tular tersebut mengatakan, pelaksanaan pentaksiran itu akan diadakan semula pada tahun ini pada Oktober hingga November.

Ini selari dengan Pemerkasaan PT3 yang tertangguh, susulan pembatalan pelaksanaan PT3 bagi tahun 2020 dan 2021 akibat pandemik COVID-19.

Bagaimanapun pemakluman tersebut telah ditarik balik. - Getaran, 21 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

2

Pendidikan 5 bulan yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

3

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

4

Semasa 6 bulan yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang