web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Minuman Keras Tidak Bercukai Tumpas, Warga India Antara Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 1:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Satu lagi sindiket pengedaran minuman keras tidak bercukai di sekitar Klang dan Kuala Lumpur tumpas, susulan penahanan tiga lelaki dalam satu serbuan di Taman Klang Jaya di sini, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Asisten Komisioner (ACP) Shamsol Kassim berkata, serbuan Ops Kontraband oleh sepasukan PPM Pelabuhan Klang kira-kira jam 12 tengah hari itu berjaya menahan tiga lelaki berusia 23 hingga 32 tahun yang disyaki berperanan sebagai transporter.

“Dalam serbuan pihak PPM, ketiga-tiga suspek didapati sedang memunggah minuman keras tidak bercukai itu ke dalam lori.

“Nilai keseluruhan rampasan minuman keras terbabit dianggarkan berjumlah RM653,534,” katanya hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati minuman tidak bercukai itu akan diedarkan ke pasaran tempatan dan semakan mendapati, seorang daripada suspek yang ditahan adalah warga India.

“Siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak kami untuk mengenal pasti sejak bila sindiket terbabit aktif di sekitar Taman Klang Jaya.

“Kesemua tangkapan serta barang rampasan telah dibawa balik ke pangkalan PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1859/63,” ujarnya. - Getaran, 22 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah