web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Patahkan Cubaan Operasi Sindiket Penipuan Online, Tahan 9 Suspek

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 7:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan cubaan sindiket penipuan online untuk beroperasi, susulan penahanan sembilan individu termasuk tujuh warga China di  sebuah kondominium mewah di Jalan U-Thant, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Mahidisham Ishak berkata, tujuh lelaki dan dua wanita berusia antara 22 hingga 42 tahun itu ditahan dalam serbuan pada jam 4.30 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Wangsa Maju.

“Ketika serbuan, sindiket penipuan dalam talian itu belum beroperasi sepenuhnya, dan suspek didapati masih menyusun serta memasang peralatan berkaitan.

“Hasil siasatan, pihak polis mendapati tiada mangsa yang terbabit dan kita percaya suspek mensasarkan mangsa dari luar negara,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga merampas satu set komputer, 15 telefon bimbit, satu router dan satu modem yang dipercayai digunakan untuk kegiatan terbabit.

Katanya, warga asing yang ditahan turut didapati tidak mempunyai sebarang dokumen diri.

“Kesemua suspek direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Kes turut akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen untuk masuk dan berada di Malaysia,” katanya. - Getaran, 22 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad