web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nahas 6 Kenderaan, Pemuda Maut Langgar Belakang Kereta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Feb 2022 12:20PM

ACP Baharudin Mat Taib - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan enam kereta di kilometer 15.7 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner (ACP) Baharudin Mat Taib berkata, insiden pada jam 7.40 malam itu berlaku apabila mangsa yang berusia 20 tahun telah melanggar bahagian belakang sebuah Proton Iriz sebelum terbabas.

“Siasatan awal mendapati, Proton Iriz tersebut menekan brek secara mengejut untuk mengelak daripada melanggar kenderaan di hadapan, ketika cuba menukar dari lorong paling kanan ke kiri.

“Pelanggaran tersebut menyebabkan penunggang motosikal jenis Yamaha Y150 terjatuh dan dilanggar pula oleh kereta jenis Honda City yang datang dari belakang,” katanya hari ini.

Beliau berkata, Honda City berkenaan terbabas dan terlanggar dua buah kereta lain jenis Mercedes dan Toyota Vios yang berada di hadapan.

“Perlanggaran itu menyebabkan Toyota Vios tersebut tertolak ke hadapan dan melanggar sebuah Perodua Myvi,” katanya.

Tambah beliau, kelima-lima pemandu kereta terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Penunggang motosikal yang cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya.

Saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767. - Getaran, 23 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global