web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia ‘Dihambat’ Isu Penuaan, Kerajaan Perlu Bertindak Lebih Serius

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 1:32PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan wajar memberi perhatian serius terhadap isu penuaan penduduk yang bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup, malah memberi kesan buruk kepada ekonomi negara jika tidak ditangani dengan segera.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr Tan Yee Kew berkata, pertumbuhan peluang pekerjaan akan menjadi lebih perlahan, seperti dialami oleh Jepun dan beberapa negara Eropah yang terpaksa mengimport pekerja asing muda, demi meningkatkan produktiviti pembangunan ekonomi.

Menurut beliau, sekiranya Malaysia gagal mengukuhkan ekonomi dalam tempoh 10 tahun akan datang dan tidak bersedia menangani populasi penduduk yang semakin tua, negara akan jatuh ke dalam krisis kemiskinan berterusan.

“Populasi menua bukanlah satu isu baru. Ia  telah lama tetapi diabaikan dan tidak pernah diberi perhatian sewajarnya kerana di mata kebanyakan orang termasuk pembuat dasar dalam kerajaan, apa yang perlu hanyalah dari aspek kebajikan.

“Bagi mereka yang berkuasa dalam politik, orang tua adalah pelaburan tidak bagus. Hakikatnya, penduduk yang semakin tua bukan sekadar masalah orang tua. Ia membabitkan ekonomi sesebuah negara,” katanya, hari ini.

Secara asasnya, Yee Kew berkata, terdapat dua aspek yang perlu ditangani segera berkaitan dengan populasi menua penduduk.

Menurut beliau, aspek tersebut adalah pengukuhan sistem perlindungan sosial dan kewangan untuk warga emas, di samping meminimumkan kesan negatif terhadap ekonomi dengan meningkatkan produktiviti serta mengurangkan nisbah tanggungan.

Datin Dr Tan Yee Kew
Datin Dr Tan Yee Kew

“Tidak lama lagi kita akan menghadapi masalah dan krisis penduduk semakin tua. Namun, respon kerajaan seolah tidak peduli walaupun terdapat banyak amaran daripada kajian penyelidikan dan analisis statistik.

“Tiada pelan jangka panjang untuk menangani kesan ekonomi negatif yang timbul daripada populasi menua. Malah program kebajikan warga emas jelas tidak mencukupi,” katanya.

Jelas Yee Kew, bantuan kewangan bulanan RM300 kepada warga tua miskin tidak akan mampu membayar kos sara hidup, malah peruntukan Belanjawan 2022 untuk rumah orang tua dan pusat rekreasi pula hanya berjumlah RM27 juta.

Beliau menarik perhatian, tindakan melepaskan dana pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pencarum membuktikan kerajaan tidak prihatin dalam memberi jaminan kebajikan hari tua kepada pelanggannya.

Katanya, berdasarkan statistik KWSP, 70 peratus daripada pencarum menggunakan semua simpanan KWSP mereka dalam 10 tahun pertama persaraan, dan mempunyai kurang daripada RM1,000 dalam akaun masing-masing.

“Selepas pengeluaran, berapakah baki untuk mereka bersara? Hari ini, hanya 14 juta pekerja mencarum KWSP. Sebahagian besar daripada kumpulan bukan pencarum sudah pun berada dalam kumpulan B40 dan mengharungi hari tua akan menjadi cabaran besar buat mereka.

“Fakta yang tidak dapat dipertikaikan ialah kebanyakan pesara akan menjadi miskin apabila bersara.

“Negara maju seperti Australia, Kanada menyediakan pencen hari tua tambahan selain dana simpanan pekerja biasa.

“Pencen itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan tidak perlu membuat sebarang caruman,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Yee Kew berkata, isu populasi menua merupakan masalah multidimensi yang tidak boleh diselesaikan dengan hanya membina beberapa pusat penjagaan warga emas atau rumah orang tua.

Jelasnya, sebarang percubaan serius dan bermakna untuk menangani masalah itu perlu menyentuh sistem percukaian, belanjawan negara, skim persaraan, struktur bandar, sistem penjagaan kesihatan dan perundangan.

“Negara mempunyai statistik dan kajian penyelidikan yang mencukupi untuk menghasilkan keputusan bernas.

“Apa yang negara kurang, adalah ‘political will’ dan perangkaan strategi serta rancangan merentas kementerian, kemudian memantau implementasi atau pelaksanaannya.

“Malaysia memerlukan pembaharuan dan perlu mewujudkan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi serta sistem perlindungan yang lebih berkesan,” katanya. - Getaran, 23 Februari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah