web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konon Ada Tunggakan Cukai, 2 Lelaki Rugi RM20,000 Diperdaya Macau Scam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 4:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua lelaki kerugian hampir RM20,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mereka terjerat dalam sindiket berkenaan selepas didakwa memiliki tunggakan cukai yang perlu dijelaskan pada kadar segera.

Kedua-dua mangsa yang berusia 36 dan 29 tahun masing-masing bertugas sebagai jurutera dan pegawai khidmat pelanggan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Mahidisham Ishak berkata, mereka membuat laporan polis selepas menyedari  telah diperangkap sindiket terbabit.

“Kejadian berlaku pada 15 dan 17 Februari lalu dan kedua-dua mangsa mendakwa menerima panggilan daripada seorang kakitangan LHDN berhubung masalah tunggakan cukai.

“Perbualan itu kemudiannya disambungkan kepada seorang anggota polis yang memaklumkan, kedua-dua mereka terbabit dalam jenayah berkaitan dadah,” katanya hari ini.

 

Kenyataan Media Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Kuala Lumpur berkenaan makluman modus operandi terkini Macau Scam (tipu penyamaran tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri)

Posted by Polis KL on Tuesday, February 22, 2022

Menurut Mahidisham, mangsa diarah memuat turun satu aplikasi dan mengisi maklumat akaun bank.

“Mangsa kemudian menerima notifikasi pesanan ringkas dan mendapati berlaku pengurangan wang sebanyak RM5,600 serta RM13,700.50 dalam akaun mereka.

“Itu adalah modus operandi terkini Macau Scam beroperasi bagi memperdaya orang ramai justeru, orang awam dinasihat supaya tidak memuat turun aplikasi tidak berkaitan dan menyerahkan butiran perbankan kepada pihak ketiga,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana membuat capaian tanpa kuasa sah terhadap akaun mangsa.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah atau aktiviti mencurigakan diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585, Pusat Respon Penipuan JSJK (03-2610 1559/1599) atau mana-mana balai polis berdekatan. - Getaran, 23 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Polis Terima 547 Laporan Kes Penipuan 3 Syarikat Pelaburan

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Simulasi Memancing Data Tingkat Kesedaran Keselamatan Siber, Ancaman Penipuan 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ponnusamy Larikan Diri, S Murugan Pula Menjadi Mangsa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad