web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guna Wang 1MDB, Rumah Rohana Rozhan di London Perlu Disita

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Feb 2022 5:05PM

Rohana Rozhan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyita rumah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan di London yang dibeli menggunakan wang diperoleh dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rumah mewah itu dibeli bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, pengakuan Leissner membuktikan siasatan segera perlu dilaksanakan kerajaan, khasnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Peguam Negara (AGC).

Tegas beliau, jika benar dana itu telah disalah guna maka pemiliknya perlu disaman dan rumah atau wang terbabit wajib dikembalikan kepada rakyat.

“Hari ini kita dikejutkan dengan kenyataan yang dibuat Leissner bahawa beliau telah menggunakan AS$10 juta (RM41.8 juta) wang 1MDB untuk membeli sebuah rumah di London untuk kekasihnya pada 2013, Rohana Rozhan.

“Hal ini telah disebut dalam keterangan yang Leissner berikan di Mahkamah New York semalam,” katanya, hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, setakat pertengahan 2021, 1MDB telah ‘menghadiahkan’ rakyat Malaysia dengan hutang berjumlah RM32 bilion.

“Tidak boleh dinafikan lagi bahawa 1MDB adalah antara hasil terbesar ‘kestabilan’ lebih enam dekad pemerintahan Barisan Nasional (BN).

“Tindakan itu hanya ‘memakmurkan’ kelompok, kroni, dan kekasih tertentu, dan bukannya rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Terdahulu, saksi utama perbicaraan kes bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng mendakwa, wujud agenda dalam pertemuan antara bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, Lloyd Blankfein dengan Datuk Seri Najib Razak.

Leissner memberitahu juri, Goldman Sachs perlu memastikan tiga anak bekas Perdana Menteri Malaysia itu memperoleh pekerjaan di bank berkenaan sebagai balasan kepada tawaran perniagaan yang lumayan.

Dalam keterangan pada hari keduanya, Leissner memaklumkan bahawa pada 2009, dia diberitahu oleh Ng yang Najib akan datang ke New York untuk melawat anak-anaknya di Amerika Syarikat (AS) sempena cuti Hari Kesyukuran.

Ketika itu, Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low berpendapat, ia adalah peluang yang baik bagi Blankfein dan Najib bertemu berhubung promosi urus niaga bon.

Tambah Leissner, dia turut membantu anak perempuan Najib mendapatkan kerja di syarikat pelaburan AS, TPG.

Terdahulu, ketika ditanya pendakwa raya, Drew Rolle, mengenai hubungan bersama Rozana, Tim Leissner, 52, berkata, hubungan itu berlanjutan dari 2003 hingga 2013.

Rolle turut bertanya sama ada Leissner memberi Rohana sejumlah wang yang diterimanya daripada 1MDB, sebelum bekas pegawai bank itu memberitahu, dia ada membeli sebuah kediaman bernilai AS$10 juta (RM41.9 juta) di London.

Katanya, pembelian itu dibuat pada 2013 selepas wanita berkenaan mengugut mahu mendedahkan pembabitannya dalam skandal 1MDB.

“Rohana tidak gembira dengan keputusan saya menamatkan hubungan kami bagi membolehkan saya bersama dengan bakal isteri, Kimora,” katanya merujuk kepada isterinya, Kimora Lee Simmons, yang juga bekas model antarabangsa.

Ng sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dalam pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang antirasuah membabitkan 1MDB.

Pada 2018, Leissner, 52, mengaku bersalah atas tuduhan sama dan bersetuju untuk bekerjasama membantu siasatan kerajaan. - Getaran, 23 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 3 bulan yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'