web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dicemari Bakteria Berbahaya, 2 Produk Rumusan Susu Bayi Ditarik Dari Pasaran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Feb 2022 5:41PM

Dua produk rumusan susu bayi yang ditarik dari pasaran. - Gambar dar Facebook KKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua produk rumusan susu bayi, Alimentum (400g) serta Human Milk Fortifier milik syarikat Abbott Laboratories (M) Sdn Bhd sudah ditarik dari pasaran, selepas didapati mengandungi bakteria Cronobacter sakazakii dan Salmonella Newport.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menghubungi syarikat pengeluaran produk itu iaitu Abbott Laboratories (M) Sdn Bhd yang mengesahkan mereka sudah membuat penarikan semula (recall) produk berkenaan secara sukarela.

“Syarikat terbabit juga mengambil tindakan proaktif dengan menghubungi peruncit, pengedar dan institusi yang membeli produk itu supaya menghentikan penjualan rumusan bayi berkenaan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, semua peniaga termasuk atas talian yang masih mempunyai stok produk itu perlu menghentikan serta-merta penjualan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

“Hasil siasatan KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati ia hanya melibatkan dua produk rumusan bayi iaitu Alimentum (400g) dan Human Milk Fortifier (0.9gx50 sachets) dengan nombor batch yang dimulai digit 22 hingga 37 pada kodbar di bekas bernombor K8, SH atau Z2 serta mempunyai tarikh luput 1.4.2022 dan seterusnya.

“KKM juga sudah mengenakan tindakan penolakan (auto-rejection) di semua pintu masuk negara ke atas produk terbabit,” katanya.

Jelas Dr Noor Hisham, bakteria Cronobacter sakazakii terdapat secara meluas di persekitaran dan boleh hidup pada keadaan kering seperti di dalam rumusan bayi.

“Jangkitan Cronobacter boleh menyebabkan meningitis atau sepsis.

“Bagaimanapun, ia jarang berlaku dan gejala yang ditunjukkan oleh bayi adalah seperti demam, tiada selera makan atau kelesuan,” katanya.

Justeru itu, beliau menasihati ibu bapa dan penjaga agar mengenal pasti kumpulan kod rumusan bayi berkenaan serta berhenti menggunakan produk terbabit.

Mereka juga dinasihatkan memantau kesihatan bayi serta segera mendapatkan rawatan, sekiranya anak masing-masing mempunyai gejala selepas mengambil rumusan susu tersebut.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq,” katanya. - Getaran, 23 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

ETO Berlebihan, Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Dari Pasaran Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah