web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Lelaki Diberkas Bersama Ganja Bernilai RM63,099

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 5:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Dua lelaki disyaki tokan pengedaran dadah diberkas bersama-sama ganja bernilai RM63,099 dalam dua serbuan berasingan di Damansara dan Taman Tun Dr Ismail di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, serbuan menerusi hasil risikan itu menyaksikan suspek pertama berusia 34 tahun yang memandu kereta jenis Proton Satria ditangkap pada jam 6.30 petang di sebuah pasar raya di Damansara.

“Pemeriksaan pada suspek pertama menjumpai satu kotak berisi 17 ketulan mampat ganja seberat 16.2 kilogram dan pihak polis turut menyita kenderaan tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, tangkapan itu membawa polis ke lokasi seorang lelaki berusia 44 tahun di sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail pada jam 7 malam.

Katanya, hasil pemeriksaan di situ menjumpai ganja seberat 2.9 kilogram diletakkan di dalam almari, malah polis turut menyita sebuah kereta jenis Volkswagen.

“Siasatan mendapati, suspek pertama berperanan membeli dadah secara pukal daripada pengedar lain dengan nilai RM3,000 bagi satu ketulan mampat dadah.

“Suspek kedua membeli dadah tersebut daripada suspek pertama dengan nilai RM3,300 bagi satu ketulan mampat dadah,” ujarnya.

Beliau berkata, suspek kedua kemudian menjual bahan larangan tersebut kepada penagih dadah dengan nilai RM30 bagi satu peket kecil.

Menurutnya, hasil rampasan dadah jenis ganja itu boleh dibekalkan kepada lebih kurang 16,200 penagih.

“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek ini mempunyai rekod jenayah berkaitan kes dadah.

“Saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (thc),” jelasnya.

Katanya, kedua-duanya suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Getaran, 24 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Langgar Polis Semasa Op Tapis Khas, Lelaki Ditahan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

4

Semasa 3 bulan yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang