web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 Pelajar Sekolah Antara Suspek Op Tapis Khas Siri 2

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 4:01PM

Ayob Khan (kiri) menunjukkan hasil rampasan Op Tapis. - Gambar dari Facebook JSJN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 3,668 individu termasuk 6 pelajar sekolah disyaki penagih dan tokan dadah ditahan di seluruh negara dalam Op Tapis Khas Siri 2 yang berlangsung sejak dari Jumaat hingga Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, 745.93 kilogram dan 283.60 liter dadah pelbagai jenis termasuk pokok ganja turut dirampas dalam operasi yang bermula 23 hingga 25 Februari lalu, melibatkan nilai keseluruhan RM10,377,061.

“Tangkapan itu membabitkan 572 tokan, 1,850 penagih dan 185 individu yang dikehendaki atas kesalahan berkaitan dadah.

“Seramai 125 ditangkap di penempatan rancangan felda dan 222 tangkapan lagi dibuat di kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) seluruh negara, termasuk seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kotinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut memberkas  enam pelajar sekolah menengah yang didapati memiliki dan menggunakan dadah.

Katanya, kesemua yang ditangkap berusia antara 14 hingga 60 tahun.

“Sepanjang operasi ini dilancarkan, 4,579 individu telah ditahan dan diperiksa. Daripada 3,688 yang ditangkap, 3,512 adalah lelaki dan 156 perempuan, manakala 116 suspek lagi ialah warga asing,” ujarnya.

Menurut Ayob Khan, JSJN turut merampas sepucuk pistol tiruan, dua laras senapang patah, selaras senapang angin dan 35 butir peluru.

Turut dirampas katanya ialah wang tunai berjumlah RM159,786, barang kemas bernilai RM18,846, 22 kereta (RM553,200), 52 motosikal (RM276,600) dan sebuah topi keledar (RM700).

Kesemua suspek jelas beliau, disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ayob Khan berkata, usaha untuk membanteras isu dadah secara menyeluruh memerlukan pendekatan holistik dan bersepadu membabitkan semua pihak berkaitan, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Ini benda lama, Felda seluruh Malaysia ada 317, setakat ini kita baru buat serbuan di 125 kawasan, jadi (masih) ada saki baki.

“Mungkin dari segi landskap felda dan pekerja-pekerja di sana (menyumbang kepada masalah dadah), tetapi pekerjaan mereka bukan alasan untuk aktiviti ini dilakukan,” katanya lagi. - Getaran, 28 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad