web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRN Johor Diharap Mampu Selesai Kenaikan Harga Barang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Mar 2022 2:35PM

PRN Johor dijadualkan pada 12 Mac ini. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANGKAK - Kenaikan harga barang terus menjadi suatu fenomena yang menghantui kehidupan rakyat di negeri Johor apatah lagi ketika penularan wabak COVID-19 masih belum reda.

Keadaan bertambah sukar pasca banjir yang menyaksikan orang ramai masih bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ia bukan sahaja telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat, malah golongan peniaga, sekali gus memberi kesan buruk kepada perniagaan.

Tinjauan Getaran di sekitar Tangkak mendapati, ramai peniaga melahirkan rasa kecewa apabila harga barangan terutamanya bahan basah masih belum stabil atau dipulihkan oleh pemerintah.

Majoriti mereka mendesak isu kenaikan harga barang menjadi keutamaan kepada pentadbiran kerajaan baharu yang akan dilantik selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Mohd Nasir Manis
Mohd Nasir Manis

Peniaga sate, Mohd Nasir Manis, 56, berkata, harga barang basah seperti daging dan ayam kini bukan sahaja mahal, menyebabkan dia  terpaksa menanggung kerugian berikutan jumlah jualan yang semakin merosot.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan dilantik nanti harus mengambil tanggungjawab dalam mengawal kenaikan harga barangan di saat rakyat masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

"Saya tak kisah siapa sahaja pemimpin yang dipilih pada PRN Johor nanti, tetapi beliau perlu serius untuk menyelesaikan harga barang yang ketika ini semakin meningkat.

"Sekarang nak berniaga sate pun susah sebab tak padan dengan hasil jualan. Kita nak naikkan dengan harga tinggi pun susah, nanti orang tak datang. Justeru, harap sangat pemimpin baharu itu nanti boleh selesaikan masalah isu yang sangat memberi kesan kepada semua golongan," katanya ketika ditemui Getaran, hari ini.

Abdul Wahab Semani
Abdul Wahab Semani

Sementara itu, Pengerusi Peniaga-Peniaga Kecil Felda Sri Jaya, Abdul Wahab Semani, 70, berkata, hampir separuh barangan yang mendapat permintaan terus meningkat harganya.

Pada masa sama menurut beliau, pembukaan beberapa pasar raya terkenal di sekitar daerah Tangkak turut memberi kesan kepada mereka yang membuka perniagaan di kawasan Felda Sri Jaya.

"Walaupun pasar raya itu agak jauh di Pagoh dan Muar, namun penduduk di sini sanggup berbelanja dengan banyak di sana kerana harga lebih murah. Kita terpaksa jual mahal sedikit disebabkan kos upah yang tinggi oleh pembekal.

"Untuk itu, PRN kali ini kita harap pemimpin yang dipilih nanti dapat menyelesaikan kenaikan harga barang dengan sebaiknya kerana ia semakin meningkat. Kalau diturunkan kita juga boleh jual dengan harga yang lebih murah ," katanya.

Tay Yi Juang
Tay Yi Juang

Sementara itu, peniaga barangan runcit, Tay Yi Juang, 42, mengharapkan campur tangan pemerintah baharu nanti lebih bertanggungjawab untuk menangani isu kenaikan harga barang yang dilihat semakin “menggila”.

Dalam situasi bekalan yang tidak mencukupi, beliau berpendapat agar pimpinan tersebut dapat merangka pelan jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan harga barang kembali stabil.

"Antara pelan jangka pendek yang boleh dilaksanakan ialah melalui pemberian subsidi kepada pemain industri, agar rantaian harga kos bermula dari pihak pembekal dapat dikawal sekaligus menstabilkan harga akhir suatu barangan.

“Antara pelan jangka panjang yang boleh dirancang ialah dengan meningkatkan produktiviti industri makanan dan sektor berkaitan ke tahap optimum supaya bekalan sentiasa mencukupi," katanya.

Seramai 2,574,835 pengundi biasa daripada keseluruhan 2,597,742 pengundi berdaftar, layak mengundi.

Daripada jumlah keseluruhan itu, 22,531 orang adalah pengundi awal yang terdiri daripada 10,955 anggota tentera dan pasangan serta 11,576 anggota polis manakala 376 lagi pengundi tidak hadir luar negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 239 calon daripada pelbagai parti politik dan individu dalam PRN Johor selepas 56 pusat penamaan calon (PPC) di seluruh negeri ini ditutup, Sabtu lalu. - Getaran,  2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

4

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah