web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


549 Penipuan Atas Talian, Polis Selangor Rugi RM33.7 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 8:31PM

Arjunaidi Mohamed - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis Selangor mencatatkan kerugian berjumlah RM33.7 juta sejak Januari hingga Februari tahun ini, akibat 549 kes penipuan atas talian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, sebanyak 405 kertas siasatan kes jenayah penipuan atas talian dan jenayah siber telah dibuka sepanjang tempoh tersebut.

Menurut beliau, baki 144 kertas siasatan lagi melibatkan penipuan bukan atas talian.

"Kes jenayah dalam talian dan siber ini menyumbang sebanyak 73.8 peratus dari jumlah keseluruhan kertas siasatan jenayah komersial yang dibuka,” katanya hari ini.

Arjunaidi berkata, kajian pihaknya mendapati peningkatan kes sedikit sebanyak disumbangkan oleh tahap kesedaran dan sikap mangsa sendiri.

“Scammer juga didapati mudah membuka akaun milik individu untuk dijadikan keldai akaun dan ia termasuk mendaftarkan nama individu terbabit di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membuka sebuah syarikat.

“Keldai akaun tersebut kemudiannya digunakan untuk memindahkan puluhan, ratusan malahan jutaan ringgit dari akaun mangsa. Selain itu, terdapat juga penjenayah siber yang berjaya menggodam emel dan sistem perbankan internet mangsa, bagi membolehkan pengeluaran wang dibuat tanpa pengetahuan mereka," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, terdapat kes yang menyaksikan mangsa dan syarikat perniagaan mengalami kerugian ratusan atau jutaan ribu ringgit akibat jenayah ini, selepas butiran perbankan internet mereka digodam scammer.

“Sebagai contoh, seorang pegawai akaun sebuah syarikat tempatan telah membuat laporan polis dan mendakwa syarikat majikannya telah mengalami kerugian sebanyak RM 2.9 juta pada 22 Februari lalu.

"Kejadian berlaku apabila emel syarikat bagi urusan perbankan internet telah digodam. Emel tersebut dihantar ke pihak bank bagi membuat penukaran butiran maklumat perbankan syarikat tersebut,” ujarnya.

Jelas Arjunaidi, emel tersebut disertakan dengan borang yang menggunakan tandatangan palsu majikan terbabit.

"Pihak bank yang menyangka arahan itu datang daripada syarikat telah meluluskan penukaran ID tersebut tanpa membuat pengesahan terlebih dahulu, menyebabkan RM 2.9 juta wang telah dikeluarkan dari akaun bank, menerusi 69 transaksi ke dalam 18 akaun berbeza," katanya.

Susulan kejadian katanya, polis memohon kerjasama bank untuk meningkatkan sistem keselamatan perbankan internet yang ditawarkan kepada orang ramai, agar ia tidak dapat digodam oleh penjenayah siber.

"Orang ramai perlu berhati-hati jika terdapat permohonan penukaran ID pengguna melalui emel atau lain-lain perubahan dalam urusan perbankan internet yang mencurigakan.

“Pihak bank juga perlu menyemak semula dengan pemilik akaun individu atau syarikat untuk pengesahan, selain mewujudkan satu sistem semak dan imbang yang lebih ketat,” katanya.

Arjunaidi berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah menyediakan aplikasi atas talian bagi orang awam untuk membuat semakan jika terdapat sebarang keraguan berkaitan jenayah komersil.

“Laporan boleh dibuat melalui ccid.rmp gov.my/semakmule dan CCID Scam Response Centre, 03-26101559/03-26101599 atau di balai polis berdekatan,” katanya. - Getaran, 1 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka