web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Atlas Vending Lancar Siri Mesin Layan Diri Mesra OKU

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 9:05PM

Datuk Ras Adiba Radzi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat Atlas Vending dan OKU Sentral, baru-baru ini, menjalin kerjasama untuk melancarkan siri pertama mesin layan diri yang mampu diakses orang kelainan upaya (OKU), sempena Hari Kerusi Roda Antarabangsa.

Usaha itu turut dijalankan menerusi kolaborasi dengan KPJ Healthcare Berhad sebagai rakan eksklusif.

Presiden OKU Sentral, Datuk Ras Adiba Radzi berkata, kemudahan mesin layan diri itu dapat membantu OKU menjalani kehidupan lebih berdikari dalam komuniti.

Katanya, inisiatif berkenaan juga mampu mewujudkan pergerakan lebih bebas dan integrasi sosial serta meningkatkan kualiti hidup golongan itu.

Beliau berkata, semua aspek hak dan kebebasan asasi manusia, termasuk keperluan khas kumpulan OKU serta individu kurang bernasib baik mesti dihormati untuk mewujudkan Keluarga Malaysia yang lebih inklusif.

“Dalam Keluarga Malaysia lebih inklusif ini, orang ramai boleh menjaga diri mereka sendiri dan hidup berdikari yang akan menyokong penuaan aktif.

“Justeru, ini akan mengurangkan beban kos penjagaan khas dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, pemilihan OKU Sentral sebagai rakan usaha sama sempena projek itu adalah bagi aspek pemberian khidmat nasihat dan menyemak mesin berkenaan untuk memastikannya memenuhi keperluan khas golongan terbabit.

Jelasnya, ciri istimewa yang ada pada mesin layan diri itu, termasuk butang yang diletakkan pada ketinggian 60 sentimeter dan 95 sentimeter dari aras tanah.

Mesin layan diri itu, katanya, turut menampilkan slot syiling pada ketinggian 26 sentimeter yang berbeza daripada slot syiling biasa dan ruang mengambil barang kira-kira 60cm dari aras tanah, seperti diluluskan OKU Sentral.

“Mesin layan diri mudah akses ini sudah boleh didapati di Hospital KPJ terpilih; selain Bengkel Daya, Klang dan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan, Bangi yang menjadi pusat latihan untuk OKU.

“Saya harap hospital atau pusat perkhidmatan lain turut mempunyai kebolehcapaian sebegini untuk memudahkan urusan OKU,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemasaran & Perniagaan Sampingan ATLAS Vending, Amy Gan berharap mesin tersebut dapat memudahkan kehidupan OKU untuk mendapat akses dan pengalaman pembelian lebih baik.

Pada masa sama, katanya, selaras tonggak tanggungjawab sosial syarikat berkenaan untuk mewujudkan kemudahan kepada setiap golongan masyarakat dengan inovasi dihasilkan, pihaknya akan terus menyokong sektor peruncitan menerusi usaha merapatkan jurang ketidakupayaan di Malaysia.

Sokongan itu, jelasnya, terbukti menerusi beberapa usaha, termasuk bekerjasama dengan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) untuk melancarkan 10 mesin layan diri Braille di stesen transit aliran ringan (LRT) berhampiran Brickfields di Lembah Klang.

“Pihak kami berharap penglibatan dalam program rintis ini dapat memberi inspirasi kepada jenama lain untuk bersama-sama menjadikan produk mereka lebih mudah diakses OKU. - Getaran, 2 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ras Adiba Azam Terus Perjuangkan, Perkasakan Komuniti OKU

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Konsert Ilham 2022 Capai Kejayaan Membanggakan - Ras Adiba

3

Semasa 1 tahun yang lalu

OKU Sentral Sambut Hari OKU Antarabangsa Dengan Konsert Ilham Isnin Ini - Ras Adiba

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Segerakan Pindaan Akta OKU 2008 Agar Nasib, Hak OKU Terbela

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah