web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pulau Pinang Perlu Cari Sumber Bekalan Air Baharu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 11:12AM

Tuan Ibrahim Tuan Man berucap pada Ceramah Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Simpang Jeram sempena PRN Johor di Bilik Gerakan Perikatan Nasional (PN) Simpang Jeram malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mencadangkan supaya kerajaan Pulau Pinang mencari sumber bekalan air baharu bagi negeri berkenaan. 

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia susulan hasrat Pulau Pinang untuk membeli air mentah dari Perak menerusi projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS), namun ditolak Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Katanya, KASA juga akan melaksanakan beberapa pelan jangka panjang, seperti membina takungan air di pinggiran sungai dalam memastikan rakyat mendapat bekalan air secukupnya. 

“Bagi kerajaan Persekutuan alternatif sentiasa boleh diambil dan Pulau Pinang masih boleh meneroka beberapa sumber air termasuk sumber air bawah tanah.

“Kelantan antara negeri besar yang mengambil sumber air bawah tanah, Pulau Pinang juga banyak sumber boleh diteroka. Bukan bila tiada Perak bantu, Pulau Pinang jadi teruk sebab kita tengok sumber kewangan yang negeri itu ada,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir dalam ceramah berkelompok di Simpang Jeram yang turut dihadiri Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Terdahulu, Saarani menegaskan, kerajaan Perak masih tidak mampu memenuhi permintaan Pulau Pinang bagi membekalkan air mentah disebabkan keperluan domestik negeri itu belum mencukupi.

Jelasnya, beberapa kajian sudah dibuat terhadap keperluan air di Perak yang menunjukkan bahawa sumber sedia ada masih belum cukup menampung permintaan sama ada rakyat mahupun industri.

Malah, beliau berkata, pentadbiran kerajaan negeri terdahulu di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sudah memberikan maklum balas kepada KASA bahawa Perak sedia membantu Pulau Pinang untuk menjual air sekiranya keperluan domestik mencukupi.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang pimpinan Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow menyatakan hasrat untuk membeli air mentah dari Perak.

Kerajaan negeri membuat kajian sejak 2019 dan mendapati Pulau Pinang memerlukan sumber air alternatif menjelang 2025-2030. 

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, Perak sedang bersiap sedia dengan langkah berjaga-jaga untuk membekalkan air tambahan untuk tiga juta penduduknya menjelang 2035.

“Kerana itu dia (Saarani) melihat keperluan dalam negeri diutamakan, sebab itu MB Perak buat kenyataan hasil perundingan tersebut dia tak mampu bekalkan air ke Pulau Pinang.

“Itu keputusan kerajaan negeri dan itu hak negeri, perundingan sudah dibuat bahkan di utara, Perak memerlukan Loji Rawatan Air (LRA) besar bagi menampung keperluan di sana,” katanya. - Getaran, 4 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah