web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Iktiraf Kepentingan Perkasa Peranan Wanita Keutamaan Berterusan - Duta AS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2022 4:08PM

Brian McFeeters - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mengiktiraf kepentingan memperkasa peranan wanita dalam membina masyarakat serta ekonomi negara adalah keutamaan yang berterusan, kata Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian McFeeters.

Menurut beliau, pengiktirafan tersebut bukan hanya sekadar melengkapkan wanita dengan alat yang mereka perlukan untuk mencipta perubahan, tetapi turut melibatkan desakan penyertaan penuh dan penerimaan daripada semua ahli masyarakat.

“Kesaksamaan gender adalah aspirasi manusia, bukan inisiatif wanita. Mengetahui bahawa wujudnya ketidaksaksamaan gender, harus ada tindakan untuk meratakan padang permainan

“Justeru itu, Tema Hari Wanita Antarabangsa tahun ini ialah ‘Break the Bias.’ Sama ada sengaja atau tidak sedar, berat sebelah menyukarkan wanita untuk bergerak ke hadapan,” katanya pada pelancaran Program ‘Mencipta Ejen untuk Perubahan’ (CAFC) hari ini.

Menurut Brian, memperjuangkan hak wanita adalah sama pentingnya dengan usaha memperkasakan golongan itu.

Katanya, program CAFC ini adalah sebahagian daripada Kempen Memperkasa Wanita Kedutaan AS, bertujuan untuk menangani halangan yang menyekat peranan wanita dalam masyarakat dan sebagai penyumbang ekonomi kepada kemajuan negara.

“Kedutaan komited untuk mengukuhkan kapasiti organisasi tempatan untuk menyokong pembaharuan dasar, perbincangan dan pengukuhan kemahiran institusi dan individu,” ujarnya.

Sementara itu, aktivis Datin Paduka Marina Mahathir berkata, beliau percaya bahawa pada abad ke-21, perubahan perlu datang daripada wanita muda.

“Hak kesaksamaan ini yang termaktub dalam Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah sangat penting, kerana ia mengiktiraf lelaki dan wanita adalah sama, bapa dan ibu adalah sama bertanggungjawab dan mempunyai hak yang sama untuk membuat keputusan mengenai pembesaran anak-anak mereka.

“Dengan ini, ia bermakna setiap rakyat, termasuk hakim dan ahli politik, mesti menegakkan hak tersebut jika tidak mahu melanggar Perlembagaan,” katanya

Program ‘Mencipta Ejen untuk Perubahan’ (CAFC) adalah cetusan ilham pengasas 3R Media, Lina Tan yang menerima kerjasama organisasi hak wanita EMPOWER Malaysia dengan sokongan Kedutaan AS.

Kemuncak program ialah penghasilan video advokasi oleh sendiri mengenai isu gender terpilih di Malaysia seperti keganasan berasaskan jantina, perwakilan Orang Asli dan minoriti serta perkahwinan kanak-kanak.

Tiga video terbaik akan dipilih untuk dipamerkan di ‘ReFest: #BreakTheBias’, iaitu festival dua hari yang diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa di Grey Box, GMBB. - Getaran, 5 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang