web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mengadu Sesak Nafas, Tahanan Indonesia Meninggal Ketika Terima Rawatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 2:10PM

Datuk Azri Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang tahanan warga Indonesia mengadu sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Bintulu ketika menerima rawatan, pagi semalam.

Sebelum itu, lelaki berusia 48 tahun terbabit ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu Sarawak atas kesalahan berkaitan dadah.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, tahanan tersebut ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Dia sudah dituduh pada 1 Mac lalu dan ditempatkan di lokap Balai Polis Berpusat IPD Bintulu.

“Semalam, tahanan mengadu sesak nafas dan telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk menerima rawatan lanjut, bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan bahawa tahanan terbabit meninggal dunia dan punca masih belum diketahui,” katanya hari ini.

Azri berkata, kes kematian tersebut kini disiasat oleh JIPS Bukit Aman bagi mengenal pasti jika wujud sebarang salah laku.

“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS akan menjalankan siasatan berkaitan kes ini,” katanya. - Getaran, 6 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'