web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kereta Dipandu Hilang Kawalan, Pemuda Nyaris Maut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Mar 2022 5:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan ketika mengelak daripada bertembung dengan sebuah motosikal di Kilometer 20 Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK).

Insiden tersebut menyebabkan kenderaan mangsa melanggar penghadang jalan dan terbakar tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai kemalangan tersebut pada jam 1.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Semenyih, selepas pulang daripada makan malam bersama rakan di Sungai Chua, Kajang.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan mengelak sebuah motosikal yang datang dari arah kanan, menyebabkan kenderaan dipandunya melanggar penghadang jalan dan hilang kawalan, lalu bergesel di tembok simen sehingga menyebabkan kebakaran,” katanya hari ini.

Menurutnya, pemandu kereta yang cedera itu dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sampel darah mangsa juga akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan pemeriksaan alkohol serta dadah.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi balai polis berdekatan di daerah Kajang atau pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mohd Feaisal Mokhtar di talian 012-9454655 bagi membantu siasatan,” katanya. - Getaran, 6 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad