web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Catat Penurunan, 27,435 Jangkitan Baharu Semalam

Semasa ยท Diterbitkan pada 07 Mar 2022 10:59AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 27,435 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam yang mencatatkan penurunan sedikit berbanding 33,406 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 3,622,607.

Menurut beliau, jumlah direkodkan itu membabitkan 27,181 kes tempatan dengan 254 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan, dengan jumlah 17,495 kes atau bersamaan 63.77 peratus.

“Sebanyak 9,756 kes pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 89 kes iaitu 0.33 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (53) serta kategori 5 (42),” katanya hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 184 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 55 kes iaitu 29. 89 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

“Daripada jumlah itu, 85 kes sudah menerima dua dos vaksin manakala 44 kes lagi membabitkan individu yang sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 98 kes berumur 60 tahun ke atas, 54 kes mempunyai komorbiditi manakala tiga kes membabitkan ibu hamil,” katanya.

Dr Noor Hisham memberitahu, terdapat pertambahan empat kluster di negara ini menjadikan sehingga kini terdapat 454 kluster yang masih aktif di negara ini.

Menurut beliau, perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 6,841 kluster sudah direkodkan di Malaysia sejak wabak berkenaan dikesan.

“Bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 379 kes iaitu 122 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19 dengan 257 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

“Sebanyak 216 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Tambahnya, terdapat 30,335 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 3,281,128 kes. - Getaran, 7 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad