web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembatalan Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor Wujudkan ‘Loophole’ Undang-Undang Syariah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 1:40PM

Muhammad Fauzi Asmuni

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 tidak berperlembagaan, terbatal dan tidak sah bakal mewujudkan ‘loophole’ kepada undang-undang syariah.

Presiden Ikatan Muslimin (ISMA), Muhammad Fauzi Asmuni berkata, tindakan tersebut dikhuatiri bakal memberikan indikasi kepada undang-undang syariah yang lain.

Menurut beliau, perkembangan ini mendatangkan kegusaran dalam kalangan umat Islam yang melihat kesan kepada kuasa pihak berkuasa agama negeri semakin terhakis dan sekatan terhadap bidang kuasa syariah pula terus bertambah.

“ISMA dengan rasa terkilan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah tidak berperlembagaan, terbatal dan tidak sah.

“Keputusan itu secara langsung memberi maksud bahawa Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai kuasa membenarkan pihak berkuasa agama negeri untuk menjalankan tugas melaksanakan undang-undang syariah negeri serta jawatankuasa fatwa negeri-negeri,” katanya hari ini.

Justeru, Muhammad Fauzi berkata, pihaknya mengharapkan agar pihak Istana selaku ketua agama Islam negeri campur tangan terhadap perkara terbabit agar undang-undang syariah dapat diperkasakan.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah negeri, bagi mendengar semakan kehakiman berhubung keputusan dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri.

Justeru, panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, sebulat suara mengisytiharkan Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah tidak berperlembagaan, terbatal dan tidak sah.

Seksyen itu memberikan kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk menggunakan bidang kuasanya bagi mendengar dan membenarkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan dibuat majlis atau jawatankuasa dalam menjalankan tugas di bawah enakmen itu.

Perkara itu diputuskan mahkamah selepas membenarkan permohonan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia), selaku pempetisyen untuk menentukan persoalan undang-undang bagi mencabar keperlembagaan enakmen berkenaan.

SIS memohon Mahkamah Persekutuan memutuskan persoalan perundangan berkaitan permohonan semakan kehakimannya, bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Semakan kehakiman itu masih di peringkat rayuan.

Dalam pada itu, Muhammad Fauzi menegaskan, ISMA menentang sebarang campur tangan daripada pihak-pihak liberal yang cuba menunggang isu tersebut demi kepentingan tertentu.

Pada masa sama, beliau turut menyeru ahli politik muslim agar lebih cakna dan terbuka tentang apa yang sedang terjadi ke atas undang-undang syariah ketika ini.

“Jangan terlalu sibuk mengejar laba sehingga terlupa dengan ikrar untuk meletakkan Islam di tempat yang paling tinggi.

“Umat Islam juga harus sedar perkara ini menjadi tanda yang undang-undang syariah seperti dibuli dan tiada kuasa apa-apa, sedangkan orang Islam adalah majoriti di negara ini dan Islam adalah agama Persekutuan,” katanya. - Getaran, 7 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Kelantan Gubal Semula 16 Seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini