web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


22,531 Laksana Undi Awal Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 10:36AM

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor, ACP Muhd Zailani Abdullah (depan) bersama pegawainya selesai mengundi pada hari pengundian awal di Markas Pasukan Polis Marin, Tampoi, hari ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 22,531 pengundi terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan layak mengundi awal, pada hari ini. 

Pengundi awal itu terdiri daripada 10,955 anggota tentera dan pasangan, manakala 11,576 adalah anggota polis dan pasangan.

Sebanyak 63 pusat mengundi dibuka bagi proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 yang bermula 8 pagi tadi. 

Daripada jumlah itu, sebanyak 30 pusat mengundi akan beroperasi sehingga pukul 12 tengah hari, manakala selebihnya ditutup pada jam 2 petang dan 5 petang.

Berdasarkan senarai pusat mengundi, empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pemanis, Kemelah, Simpang Jeram dan Bukit Permai tidak terbabit dalam proses pengundian awal.

Kemudahan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor di Jalan Tebrau di sini dan 10 Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negeri serta beberapa pejabat kerajaan turut dijadikan sebagai pusat mengundi.

Anggota tentera pula akan mengundi di Kem Mahkota, Kluang; Kem Tebrau, Ulu Tiram; Kem Batalio Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Batu Pahat dan Kem Rejimen Keempat Artileri Diraja (4RAD), Segamat.

Sementara itu, anggota PGA dan pasangan masing-masing akan mengundi di Batalion ke-5, pasukan PGA di Simpang Renggam, Kluang dan Batalion ke-6 PGA di Bakri, Muar.

Proses pengundian awal itu akan disaksikan ejen calon dan Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta proses pengundian berkenaan turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook (FB) SPR.

Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dengan kertas undi hanya dikira bermula jam 4 petang Sabtu ini (12 Mac).

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Johor pada 12 Mac ini yang akan membabitkan 2,597,742 pengundi.

Daripada jumlah tersebut, 2,574,835 adalah pengundi biasa, 10,955 anggota tentera dan pasangan, 11,576 anggota polis bersama pasangan serta 376 pengundi tidak hadir luar negara.

Seramai 239 calon bertanding merebut 56 kerusi pada PRN kali ini. - Getaran, 8 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi