web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Menurun, Catat Bawah Angka 28,000 Sejak 4 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 1:50PM

Sebanyak 26,856 kes COVID-19 direkodkan semalam, berbanding 27,435 kes pada kelmarin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes harian COVID-19 hari ini terus menurun apabila merekodkan sebanyak 26,856 kes, berbanding 27,435 kes kelmarin.

Jumlah itu menyaksikan penurunan di bawah 28,000 kes dalam tempoh empat hari, selepas menyaksikan kes virus itu melepasi 33,000 kes, Jumaat lalu. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 3,649,463.

Menurut beliau, jumlah direkodkan itu membabitkan 26,645 kes tempatan dengan 211 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih membabitkan pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan dengan 16,508 kes atau bersamaan 61. 47 peratus.

“Sebanyak 10,160 kes atau 37.83 peratus pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 81 kes iaitu 0.30 peratus berada dalam kategori 3, kategori 4 (57) dan kategori 5 (50),” katanya hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 188 kes COVID-19 bagi kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 63 kes atau 33.51 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

“Daripada jumlah itu, 80 kes sudah menerima dua dos vaksin, manakala 45 kes membabitkan individu sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 103 kes berumur 60 tahun ke atas, 83 kes mempunyai komorbiditi, manakala tiga kes ibu hamil,” katanya.

Dr Noor Hisham memberitahu, terdapat pertambahan lapan kluster baharu, menjadikan sebanyak 445 kluster masih aktif dilaporkan di negara ini, sehingga kini.

Katanya, perkembangan itu secara keseluruhan menyaksikan sebanyak 6,849 kluster direkodkan di Malaysia sejak pandemik berkenaan dikesan.

“Bagi kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), setakat ini sebanyak 368 kes iaitu 153 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19 dengan 215 kes disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

“Sebanyak 223 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Tambahnya, terdapat 30,726 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 3,311,854 kes. - Getaran, 8 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini