web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


315 Mangsa Banjir Ibu Kota Masih Di PPS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Mar 2022 2:47PM

Operasi pemindahan 5 orang dari satu keluarga menggunakan lori DBKL di Jalan Gurney Kiri, susulan hujan lebat semalam. - Gambar dari Facebook DBKL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 315 mangsa banjir masih ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar ibu kota, setakat hari ini.

Mereka ditempatkan di PPS Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Saraswathy, Pantai Dalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan, kesemua mangsa terdiri daripada 93 keluarga.

“Setakat ini ada 109 mangsa banjir daripada 46 keluarga dalam kalangan penduduk Kampung Periuk dan Jalan Raja Bot ditempatkan di Dewan Kelab Sultan Sulaiman.

“Mangsa banjir di Kampung Pasir, Pantai Dalam yang ditempatkan di PPS SJKT Saraswathy terdiri daripada 206 mangsa membabitkan 46 keluarga,” katanya.

Menurutnya, kejadian banjir berpunca daripada hujan lebat luar biasa dalam tempoh dua jam itu, menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air tinggi.

Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), katanya, kejadian hujan lebat bermula pada jam 4 petang semalam, mengakibatkan air naik setinggi satu meter, iaitu di paras pinggang.

“Dalam tempoh setahun, bacaan hujan adalah 2,500mm menjadikan purata bacaan (kira-kira) 200 mm sebulan, namun dalam tempoh dua jam sahaja hujan semalam, bacaan direkodkan adalah melebihi 106 mm, iaitu lebih setengah purata bulanan,” jelasnya. - Getaran, 8 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang