web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Gaduh Disebabkan Masalah Peribadi, Bukan Isu Politik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 3:43PM

Bahrain Mohd Noh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Dakwaan seorang lelaki ditahan kerana bergaduh bersama rakannya di Chaah sehingga cedera hanya disebabkan isu politik adalah palsu dan fitnah semata-mata.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrain Mohd Noh berkata, pihaknya mendapati satu kenyataan tidak benar ditularkan di media sosial berkenaan kejadian itu dan dikaitkan dengan isu politik.

“Pihak polis mengingatkan orang awam supaya tidak memanipulasi sebarang insiden yang berlaku tanpa mengetahui fakta sebenar bagi kepentingan peribadi.

“Dalam situasi terkini, orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada pihak polis berkenaan apa-apa kejadian sebelum membuat sebarang spekulasi,” katanya hari ini. 

Mengulas lanjut, Bahrain berkata, insiden terbabit tercetus akibat perselisihan faham disebabkan hal peribadi dan mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil serta dirawat di Hospital Segamat.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati, mangsa dicederakan rakannya sendiri semasa berada di sebuah restoran berikutan perselisihan faham, bukan berkaitan politik membabitkan musim Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor seperti ditularkan.

“Dalam kejadian pukul 7 malam semalam,  polis menerima satu laporan berkenaan kejadian mendatangkan kecederaan terhadap satu lelaki India.

“Punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara mangsa dengan suspek berkenaan hal peribadi,” katanya. 

Jelasnya, kejadian jenayah terbabit tidak membabitkan senjata, namun terdapat kesan kecederaan di badan mangsa akibat perbalahan menggunakan tangan.

“Berikutan itu, tangkapan sudah dibuat terhadap suspek iaitu seorang lelaki India berusia 42 tahun dan siasatan lanjut akan diteruskan selepas mendapat perintah tahanan reman,” katanya. - Getaran, 8 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi