web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Kemalangan Babit 3 Kenderaan

Semasa · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 11:15AM

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar dua kenderaan lain di Jalan TAR, Kuala Lumpur, pagi tadi. - Gambar dari Facebook DBKL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini, pagi ini.

Kejadian pada kira-kira jam 6.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada Proton Waja dipandu mangsa terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar dua kenderaan lain.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.47 pagi.

Katanya, sebuah jentera bomba bersama tujuh pegawai dan anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan tiga kenderaan, iaitu Proton Waja, Perodua Bezza dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard.

“Terdapat seorang lelaki berusia 37 tahun tersepit dalam kereta dan berjaya dikeluarkan anggota bomba,” katanya menerusi kenyataan.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Kuala Lumpur dan pemandu sebuah lagi kereta mengalami cedera ringan, manakala pemandu MPV bersama anak perempuannya tidak cedera. 

Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut memaklumkan kerja mengalihkan kenderaan yang terbabit kemalangan tamat pada jam 8.45 pagi. - Getaran, 9 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'