web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Calon PN DUN Bekok Nafi Beli Undi, Telefon Digodam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 12:04PM

Tan Lek Khang - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekok, Tan Lek Khang menafikan bahawa beliau ghairah ‘membeli undi’ daripada penduduk setempat.

Ia berikutan tular mesej didakwa daripada telefon bimbitnya yang mengatakan pengundi di kawasan itu boleh menuntut RM1,000 daripada Lek Khang di bilik Gerakan PN Bekok.

Bagaimanapun, beliau yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menegaskan, telefon bimbitnya digodam pihak tidak bertanggungjawab dan ia adalah fitnah bagi mencemarkan imej PN. 

“Susulan ramai pengundi di sekitar DUN Bekok menghubungi saya berkaitan isu sogokan RM1,000 yang boleh diambil di Bilik Gerakan PN DUN Bekok, dengan ini saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai perkara tersebut. 

“Tuduhan serta sandiwara politik jelik ini semata-mata dijalankan untuk melemahkan semangat saya dan jentera pilihanraya PN,” katanya hari ini. 

Mengulas lanjut, Lek Khang percaya berita palsu itu sengaja diwujudkan memandangkan pihak lawan sudah gementar apabila beberapa lokasi panas yang menjadi kubu kuat parti politik tertentu berjaya ditembus PN. 

“Sekali lagi saya ingin tegaskan, politik bacul seumpama ini akan saya tentang habis-habisan. 

“Perkara itu akan menjadikan semangat saya lebih kuat untuk bekerja keras demi membela dan berkhidmat untuk rakyat di Bekok,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan pihaknya sudah melaporkan perkara berkenaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar siasatan terperinci dapat dijalankan sebaiknya. 

Pada masa sama, Lek Khang memohon maaf di atas kesulitan dan penghinaan yang tercetus, di samping mengharapkan pengundi di DUN Bekok mengabaikan mesej tular itu. 

“Dengan ini, saya dan seluruh jentera PN DUN Bekok menyerahkan sepenuhnya kepada pihak bertanggungjawab untuk menyiasat perkara terbabit. 

“Kami juga berharap agar orang ramai tidak terpedaya dengan sebarang khabar angin disebarkan melalui media sosial dan khismat pesanan ringkas (SMS),” katanya. - Getaran, 9 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi