web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hanya 1 SOP Perlu Dipatuhi Rakyat Bermula 1 April

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Mar 2022 1:36PM

Satu prosedur operasi standard (SOP) dan sembilan garis panduan termasuk memakai pelitup muka akan dilaksanakan dalam Fasa Peralihan ke Endemik mulai 1 April ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan hanya menguatkuasakan satu prosedur operasi standard (SOP) di bawah Akta 342 untuk dipatuhi rakyat di negara ini susulan Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19 yang bermula 1 April nanti.

Ia berbeza dengan 181 SOP ditetapkan ketika Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebelum ini.

Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, penguatkuasaan SOP itu mengandungi 10 perkara yang perlu dipatuhi.

“Keperluan itu adalah memakai pelitup muka ketika di tempat awam, waktu operasi premis mengikut lesen atau permit, menjaga kebersihan tangan, melakukan ujian pengesanan COVID-19 dan menguruskan kes disyaki atau disahkan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Selain itu, menggunakan MySejahtera dan MySJTrace untuk pendaftaran kemasukan ke premis, memastikan penjarakan fizikal satu meter, memastikan pengudaraan dan sistem ventilasi baik, memastikan kebersihan premis serta mematuhi keperluan vaksinasi untuk aktiviti tertentu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata, kesemua keperluan itu sudah biasa diamalkan orang ramai ketika PPN dan mereka boleh terus melaksanakannya sebaik mungkin.

Katanya, selain satu SOP itu, sembilan garis panduan dibangunkan bagi membantu rakyat membuat pilihan lebih selamat ketika menjalankan aktiviti harian demi menjaga keselamatan diri, keluarga dan orang sekeliling.

“Saya ingin menekankan bahawa sembilan garis panduan terbabit tidak akan dikuatkuasakan, sebaliknya amat digalakkan untuk dipatuhi masyarakat.

“Ia menjadi panduan amat digalakkan untuk dipatuhi supaya rakyat dapat kekal berwaspada dengan risiko jangkitan COVID-19 apabila melakukan aktiviti tertentu demi menjaga keselamata semua,” katanya.

Menurut beliau, garis panduan itu berkaitan pengangkutan dan perjalanan, pendidikan dan penjagaan, peruncitan, makanan dan minuman, ruang kerja tertutup dan kawasan kerja terbuka.

Garis panduan itu, katanya, turut mencakupi acara atau majlis hiburan dan tarikan pelancong, hotel dan penginapan tetamu, keagamaan, perkahwinan dan pengebumian, selain aktiviti dan fasiliti sukan serta rekreasi dan riadah.

Jelasnya, bagi memudahkan orang ramai memahami lebih lanjut berhubung SOP dan panduan itu, satu laman sesawang sedang dibangunkan dengan kerjasama rapat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang boleh diakses bermula pertengahan bulan ini.

“Laman sesawang ini dijangka dapat diakses dua minggu sebelum 1 April, sekali gus membantu mereka membuat persiapan sebelum fasa baharu bermula,” katanya. - Getaran, 9 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi