web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


120 Keluarga Ditempatkan Di PPS Akibat Banjir Buruk

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Mar 2022 1:03PM

Mangsa banjir Fatonah Abdul Ghoni, 46, (kiri) menjaga anaknya Muhammad Qhaleef Shah Edison, 9, yang baru berkhatan, di PPS Dewan Kenanga Majlis Bandaraya Shah Alam Seksyen 28, Shah Alam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 449 mangsa daripada 120 keluarga di Selangor, Melaka dan Johor ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran banjir, setakat jam 8 pagi, hari ini.

Menerusi laporan Facebook Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), seramai 207 individu daripada 55 keluarga di Kuala Langat dan Sepang, Selangor dipindahkan ke empat PPS.

PPS berkenaan adalah Balai Raya Kampung Orang Asli Bukit Serdang, Balai Raya Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Warisan. 

Laporan itu turut memaklumkan, seramai 202 mangsa daripada 54 keluarga dipindahkan ke tiga PPS yang dibuka sejak semalam di Kluang, Johor.

NDCC turut memaklumkan, PPS itu adalah Dewan Kolam Air, SK Sri Kenchana dan SK Sungai Linau.

Manakala, seramai 40 individu daripada 11 keluarga dipindahkan di PPS SK Parit Penghulu yang dibuka sejak 8 Mac lalu di Jasin, Melaka. - Getaran, 10 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka