web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Waris Mangsa Maut Tanah Runtuh Terima RM10,000 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 11:20AM

Amirudin Shari bercakap kepada media selepas melawat tapak kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, hari ini. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Jawatankuasa Pengurusan Bencana akan mengkaji risiko dan tahap keselamatan terhadap 48 buah rumah di Taman Bukit Permai 2 di Ampang, untuk melihat jika ia selamat didiami atau tidak.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesemua pemilik rumah berkenaan digesa mengosongkan kediaman mereka sehingga tahap keselamatan diumum.

“Kalau dalam keadaan bencana yang paling penting kita lakukan sekarang, kita nak tahu keadaan selamat atau tidak.

“Maksimum lima hari baru kita boleh dapat pastikan mereka boleh kembali ke rumah atau tidak,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak kejadian tanah runtuh, hari ini.

Penghuni 48 buah rumah diarah kosongkan kediaman 5 hari sementara pemantauan pihak berkuasa dijalankan.
Penghuni 48 buah rumah diarah kosongkan kediaman 5 hari sementara pemantauan pihak berkuasa dijalankan.

Terdahulu, Insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang dekat sini petang semalam, meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera ringan, selain menyaksikan 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kelima-lima mangsa yang dilaporkan tertimbus itu bermula sebaik Balai Bomba dan Penyelamat Pandan menerima panggilan kecemasan pada 5.54 petang.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, berkata, pihaknya akan menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) di tapak runtuhan bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat.

Identiti kesemua mangsa yang dibawa ke Hospital Ampang belum dikenal pasti.

Amirudin Shari ketika melawat tapak kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, hari ini.
Amirudin Shari ketika melawat tapak kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, waris mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh Taman Bukit Permai 2 di Ampang bakal menerima sumbangan berjumlah RM10,000 daripada kerajaan Selangor.

Menurut beliau, pihaknya juga akan mempertimbangkan bantuan kewangan unit kediaman lain yang terjejas akibat insiden berkenaan.

"Kita ada empat mangsa yang meninggal dunia, kepada keluarga kita beri RM10,000, untuk rumah nanti dulu kita nak pastikan dulu keadaan selamat.

“Kalau ikut format biasa sebelum ini bantuan sebanyak RM500, nanti saya pertimbangkan balik jika perlu tambahan atau bagaimana,” katanya. - Getaran, 11 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad