web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Johor Catat Peningkatan, Melaka dan Selangor Kekal 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 4:11PM

Keadaan banjir di Kampung Sungai Linau, Simpang Renggam yang dirakamkan beberapa hari lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bencana banjir yang melanda negara menyaksikan peningkatan jumlah mangsa di Johor, manakala Selangor dan Melaka kekal tidak berubah.

Menurut aplikasi InfoBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah tersebut merangkumi 473 individu daripada 123 keluarga yang ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di ketiga-tiga negeri.

Mangsa banjir di Selangor merekodkan bilangan tertinggi dengan 237 individu, terdiri daripada 62 keluarga di lima PPS sejak semalam. 

Lima PPS tersebut adalah Balai Raya Kampung Orang Asli Bukit Serdang, Balai Raya Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang, Sekolah RTB Bukit Changgang dan SK Kota Warisan.

Daerah yang ketika ini masih terjejas di Selangor adalah Sepang dan Kuala Langat. 

Dalam pada itu, jumlah mangsa banjir di Johor mencatatkan peningkatan kepada 203 mangsa daripada 54 keluarga setakat jam 11.45 pagi, berbanding 14 mangsa dari empat keluarga, 7 pagi tadi. 

Dengan pertambahan itu, dua PPS telah dibuka di Dewan Kampung Kolam Air Simpang Renggam dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kenchana Simpang Renggam selain PPS SK Sungai Linau, Kluang, Johor yang dibuka sejak Rabu lalu. 

Sementara itu, di Melaka, hanya satu PPS dibuka sejak 8 Mac lepas di daerah Jasin, iaitu di SK Parit Penghulu. 

PPS tersebut menempatkan 33 mangsa daripada tujuh keluarga. - Getaran, 11 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah