web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JAKIM Belum Dapat Maklumat Diletak Bawah Kuasa Majlis Raja-Raja Melayu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 5:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan pihaknya sama sekali tidak mengetahui sudah berada di bawah bidang kuasa dan seliaan Majlis Raja-Raja Melayu. 

Sumber daripada JAKIM mengesahkan, pihak pentadbiran belum lagi mendapat sebarang maklumat mengenai perubahan terbabit.

Menurut beliau, perkara itu baru diputuskan dan sebarang perubahan belum dimaklumkan kepada jabatan tersebut. 

"Saya syorkan agar dapatkan maklumat daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 

"Ini disebabkan pihak JAKIM belum ada info lanjut berkenaan perkara itu," katanya ringkas, hari ini. 

Terdahulu, media tempatan melaporkan JAKIM kini diletakkan di bawah kuasa dan seliaan Majlis Raja-Raja Melayu yang didakwa telah berkuatkuasa serta merta. 

Keputusan itu dibuat hasil pertemuan membabitkan Raja-raja Melayu dan jabatan berkenaan semalam. 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Pengerusi Majlis Agama Nasional untuk tempoh dua tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula akan menjadi timbalan pengerusi.

Sumber istana memberitahu, keputusan itu mengesahkan kuasa Raja-Raja dalam hal berkaitan agama Islam.

"Ia akan membantu membersihkan sebarang keraguan dan kekeliruan mengenai bidang kuasa dan kuasa Jakim,” kata sumber berkenaan.

Sebelum ini, JAKIM diletakkan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Perdana Menteri. - Getaran, 11 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang