web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hanya MKI Dipengerusi Sultan Selangor, Bukan JAKIM - Syed Danial

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 4:15PM

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-258 di Istana Negara telah diadakan pada 9 dan 10 Mac lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu hanya membuat ketetapan bahawa seorang daripada Raja Pemerintah wajar memenuhi peranan dan tanggungjawab sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) selama dua tahun secara bergilir-gilir.

Pada masa sama, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, berkata, Perdana Menteri pula akan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi. 

Serentak dengan itu, beliau menyifatkan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini diletakkan di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja adalah kurang tepat dan boleh mengelirukan.

"Ketetapan itu selaras dengan perakuan yang dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja oleh Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Ahmad Sarji.

"Beliau berpandangan bahawa oleh kerana Islam terletak di bawah bidang kuasa dan budi bicara Raja-Raja Pemerintah, adalah lebih bertepatan untuk MKI dipengerusikan oleh seorang Raja Pemerintah," katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Danial berkata, pelantikan Pengerusi MKI sejak penubuhan majlis itu oleh Majlis Raja-Raja sendiri pada 1968, yang juga badan asal JAKIM, sememangnya dibuat oleh Majlis Raja-Raja. 

Menurut beliau, Perdana Menteri ketika itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj diperkenankan memenuhi peranan dan tanggungjawab sebagai Pengerusi MKI pertama.

"Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-258 pada 9 dan 10 Mac lalu bagaimanapun membuat ketetapan bahawa seorang daripada Raja Pemerintah wajar memenuhi peranan dan tanggungjawab Pengerusi MKI selama dua tahun secara bergilir-gilir, manakala Perdana Menteri dilantik sebagai timbalan pengerusi.

"Perakuan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan dirunding oleh Raja-Raja dengan kerajaan dan mencapai persefahaman dan kata sepakat," katanya. 

Susulan perkembangan itu, Syed Danial berkata, mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-258 berkenan memilih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Pengerusi MKI untuk tempoh dua tahun. 

Terdahulu, media tempatan melaporkan JAKIM kini diletakkan di bawah kuasa dan seliaan Majlis Raja-Raja Melayu yang didakwa telah berkuatkuasa serta merta. 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Pengerusi Majlis Agama Nasional untuk tempoh dua tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula akan menjadi timbalan pengerusi.

Sumber istana memberitahu, keputusan itu mengesahkan kuasa Raja-Raja dalam hal berkaitan agama Islam.

Bagaimanapun, JAKIM mengesahkan pihaknya sama sekali tidak mengetahui sudah berada di bawah bidang kuasa dan seliaan Majlis Raja-Raja Melayu.

"Saya syorkan agar dapatkan maklumat daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 

"Ini disebabkan pihak JAKIM belum ada info lanjut berkenaan perkara itu," katanya. - Getaran, 12 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi