web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tunggu Surat Rasmi Jika Benar JAKIM Bawah Kuasa Raja-Raja Melayu - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 10:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pihak diharapkan tidak membuat sebarang andaian terhadap laporan berkenaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang didakwa kini diletakkan di bawah kuasa dan seliaan Majlis Raja-Raja Melayu.

Pakar perundangan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, ini kerana media tempatan yang melaporkan perkara itu hanya menggunakan sumber daripada Istana tanpa mendedahkan nama individu tersebut.

“Saya belum mendapat maklumat atau kenyataan rasmi tentang perkara ini.

“Sekiranya ia rasmi atau titah dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja atau Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dizahirkan, InsyaAllah saya akan mengulas dan memberi pandangan terhadap perkara itu,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini.

Getaran sebelum ini melaporkan, JAKIM sama sekali tidak mengetahui jabatan terbabit sudah berada di bawah bidang kuasa dan seliaan Majlis Raja-Raja Melayu.

Sumber daripada JAKIM mengesahkan, pihak pentadbiran belum lagi mendapat sebarang maklumat mengenai perubahan terbabit.

Menurut sumber, perkara itu baru diputuskan dan sebarang perubahan belum dimaklumkan kepada jabatan tersebut.

Dalam pada itu, mengulas kedudukan JAKIM dalam struktur pentadbiran Islam peringkat Persekutuan, Shamrahayu berkata, jabatan itu telah banyak memberikan sumbangan kepada pentadbiran, pendidikan dan juga perundangan Islam.

Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz
Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz

Pada masa sama, beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan JAKIM tidak ada tempat dalam Perlembagaan Persekutuan atau mempunyai asas penubuhan yang sah.

“Kita semua tahu bahawa Islam adalah urusan negeri dan Sultan di setiap negeri adalah Ketua Agama Islam. Maka Agama Islam termasuk juga adat resam, adat Melayu atau adat Istiadat adalah di bawah kuasa budi bicara baginda.

“Bagi negeri yang tidak mempunyai raja, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam. Ini kerana Yang di-Pertua Negeri mungkin tidak menganut agama Islam, jadi adalah difikirkan perlu untuk Agong mewakili institusi beraja.

“Apabila pentadbiran Islam di seluruh negara dibuat mengikut negeri dan berasingan, maka Jawatankuasa Kerja ditubuhkan untuk mengkaji semula draf laporan dan draf awal Perlembagaan Persekutuan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid telah mencadangkan supaya ditubuhkan satu mekanisme untuk penyelarasan,” katanya.

Jelasnya, mekanisme tersebut yang dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) bukan sahaja sebagai penyelaras kepada hal ehwal Islam bagi Persekutuan, namun memajukan Islam kepada negara luar seperti dihasratkan mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Pada masa sama, Shamrahayu berkata, Perdana Menteri pertama itu turut mengharapkan dengan penubuhan MKI, Pusat Penyelidikan Islam mampu dibangunkan bagi mengembangkan agama Islam di Asia Tenggara.

“JAKIM kini merupakan urusetia MKI di mana ia diurus berasaskan kepada Peraturan MKI yang diluluskan oleh Majlis Raja-Raja. Peraturan ini telah beberapa kali melalui pindaan yang mana kesemua pindaan tersebut adalah atas perkenan Majlis Raja-Raja,” katanya.

Justeru, beliau yang juga Penyandang Kursi Institut Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, keurusetiaan MKI yang dilaksanakan JAKIM juga seharusnya berasaskan kepada peraturan dan undang-undang ditetapkan oleh majlis tersebut.

“Pindaan-pindaan tersebut dibuat pada tahun 1971, 1973, 1976, 1980, 2010 dan akhir sekali pada tahun 2011.

“Saya belum pasti, tapi saya dengar ada cadangan untuk pindaan Peraturan MKI dalam masa terdekat ini. Kita tunggu berita lanjut,” katanya.

Sehubungan itu, Shamrahayu menegaskan agar semua pihak tidak melatah dan menunggu kenyataan rasmi daripada pihak bertanggungjawab berkenaan isu JAKIM.

“Bagi menjawab persoalan serta kebimbangan sesetengah pihak tentang perkembangan terbaru, yang dikhabarkan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu sebagai Pengerusi Majlis Agama Kebangsaan yang sebetulnya MKI dan JAKIM berada di bawah seliaan Majlis Raja-Raja, kita perlu tunggu kenyataan atau maklumat rasmi. Tak perlu lompat-lompat dulu,” katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan JAKIM kini diletakkan di bawah kuasa dan seliaan Majlis Raja-Raja Melayu yang didakwa telah berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat hasil pertemuan membabitkan Raja-raja Melayu dan jabatan berkenaan semalam.

Sultan Sharafuddin telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Pengerusi Majlis Agama Nasional untuk tempoh dua tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula akan menjadi timbalan pengerusi.

Sumber istana memberitahu, keputusan itu mengesahkan kuasa Raja-Raja dalam hal berkaitan agama Islam. - Getaran, 13 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka