web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BN Menang PRN Johor Hanya Disebabkan Perpecahan Pembangkang - Mat Sabu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 3:05PM

Mohamad Sabu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perpecahan yang berlaku dalam kalangan parti pembangkang ialah antara faktor utama kekalahan AMANAH yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, keputusan pilihan raya negeri itu membuktikan dengan jelas bahawa jumlah undi yang diperolehi pembangkang, melebihi 200,000 undi, jika dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN).

Beliau berpendapat, keputusan tersebut menunjukkan BN tidak menambah kekuatan mereka, sebaliknya mendapat manfaat daripada perpecahan pembangkang yang begitu ketara.

“Jumlah undi sebanyak 200,000 tersebut, jika dibahagi kepada 56 DUN secara purata, hampir 4,000 jumlah undi pembangkang mengatasi BN.

“Ini menjadi pengajaran kepada kita semua, bagaimana untuk kembali bertaut, dan menyusun strategi bersama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Lantaran itu, beliau mengingatkan, blok pembangkang hanya akan ‘masuk angin keluar asap’ sekiranya terus berpecah dalam menghadapi BN, khususnya ketika berdepan PRU nanti.

Mohamad Sabu yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, peratusan keluar mengundi yang rendah merupakan antara faktor utama kekalahan AMANAH.

Bagaimanapun, beliau menerima dengan hati terbuka keputusan yang diumumkan oleh SPR, semalam.

“Bagi pihak AMANAH yang bertanding di atas tiket PH, kita menerima keputusan PRN Johor yang telah berlalu semalam dengan hati terbuka.

“Seperti dijangka lebih awal, faktor utama adalah peratusan keluar mengundi yang begitu rendah, terutama sekali dalam kalangan penduduk bandar berbangsa Tionghua.

“Faktor ini menyebabkan kawasan campuran yang menjadi tapak kekuatan PH, mengalami kekalahan,” katanya.

BN mendapat kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Johor ke-15.

Menerusi keputusan rasmi dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PH berjaya memenangi 11 kerusi, dengan satu daripadanya adalah milik AMANAH.

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub berjaya mempertahankan kerusi DUN Simpang Jeram apabila memperolehi 8,749 undi, mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN), Zarul Salleh dengan 6,350 undi dan Lokman Md Don dari BN yang hanya memperolehi 6,062 undi. - Getaran, 13 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 8 bulan yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

2

Politik 9 bulan yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

3

Politik 9 bulan yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Jawatan Timbalan Presiden Amanah Ditentukan Disember Ini - Mahfuz

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini