web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Harus Wajibkan, Bukan Hanya Nasihat Pelaksanaan Gaji Minima RM1,500

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 3:55PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seharusnya mewajibkan dan ‘memerintahkan’ pelaksanaan gaji minimum RM1,500 dilaksanakan sektor swasta, bukan sekadar menasihatkan syarikat itu supaya berbuat demikian.

Setiausaha Agung Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, kajian dan perbincangan sudah selesai dijalankan membabitkan kerajaan, kesatuan sekerja serta persatuan majikan.

Justeru, katanya, kerajaan seharusnya boleh mewajibkan kadar baharu selepas kajian dikemukakan kepada Kabinet.

“MTUC mengesa supaya gaji minimum tidak dijadikan modal kempen politik oleh mana-mana parti kerana kadar baharu gaji minimum adalah satu keperluan mendesak bagi pekerja.

“Sudah sampai masanya Kabinet mengumumkan gaji minimum baharu, seperti di dalam Akta Gaji Minimum yang memerlukan kerajaan mengkaji gaji minimum sekali dalam tempoh dua tahun,” katanya menerusi kenyataan.

Kamarul Baharin Mansor
Kamarul Baharin Mansor

Kamarul Baharin berkata, jutaan pekerja berpendapatan rendah yang menunggu gaji minimum RM1,500, sangat teruja dengan pengumuman Perdana Menteri pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, baru-baru ini.

Menurutnya, jika Ismail Sabri sememangnya mengambil berat mengenai keperluan gaji minimum RM1,500 bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), sudah tentu ia menjadi keperluan mendesak untuk pekerja swasta, seperti pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan pekerja ladang yang berpendapatan RM1,200.

Pada masa sama, beliau berkata, MTUC masih menunggu masa sesuai untuk berjumpa dengan Perdana Menteri bagi berbincang mengenai kesusahan pekerja dalam mendepani kos sara hidup.

Ujarnya, kewajaran gaji minimum RM1,500 adalah keutamaan MTUC dalam perbincangan kelak.

Apapun, katanya, pengakuan Ismail Sabri bahawa pekerja yang mempunyai pendapatan rendah boleh dibantu dengan kenaikan gaji minimum RM1,500 adalah benar.

Jelasnya, kenyataan beliau bahawa gaji minimum perlu bagi menangani cabaran kos sara hidup juga adalah realistik dan menjiwai semangat ‘Keluarga Malaysia’.

“MTUC berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengesahkan bahawa gaji minimum yang sepatutnya bagi pekerja di Malaysia adalah RM1,500 selaras dengan tuntutan MTUC.

“Pengumuman Perdana Menteri wajar dijadikan asas dan panduan kepada syarikat swasta bahawa sudah tiba masa, gaji minimum RM1,500 dilaksanakan atas alasan rakyat tertekan dengan kos sara hidup.

“Kerajaan sudah memberi komitmen jelas bagi maksud tersebut,” katanya. - Getaran, 13 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini