web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


McDonald’s Cipta Lintasan Pejalan Kaki 'Fries' Di Bukit Bintang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 3:25PM

Shahidan (tengah) dan Azmir (kiri) melalui Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ di Bukit Bintang, hari ini. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUAL LUMPUR - Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ yang dilancarkan restoran makanan segera, McDonald’s di cawangannya di Bukit Bintang di sini, hari ini cukup unik dan menarik kerana dilukis berasaskan ilustrasi kentang goreng kegemaran ramai dipasarkan syarikat itu.

Projek itu adalah usaha mencetus keterujaan dalam kalangan pengunjung tempatan dan luar negara untuk menjadikannya sebagai destinasi wajib dilawati.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkata inisiatif menggunakan ilustrasi produk digemari di seluruh dunia sebagai lintasan pejalan kaki itu, mampu mencipta lokasi ikonik baharu kepada pengguna media sosial untuk merakamkan gambar kenangan apabila ke Kuala Lumpur.

“Lintasan pejalan kaki ini dibina dengan mengambil reka bentuk daripada kentang goreng yang menjadi kegemaran ramai.

“Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s ini akan membawa pengunjung dari jalan luar terus ke dalam restoran pertama McDonald’s di Malaysia itu yang dibuka 40 tahun lalu pada tahun 1982,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s @ McDonald’s Bukit Bintang.

Turut, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar

Shahidan (tengah) menandatangani plak pada Majlis Pelancaran Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s @ McDonald’s Bukit Bintang.
Shahidan (tengah) menandatangani plak pada Majlis Pelancaran Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s @ McDonald’s Bukit Bintang.

Menurut Shahidan, usaha tersebut seiring dengan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dalam menggalakkan pembangunan lestari bandar raya berkenaan, membabitkan aspek fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar yang bakal menjadikan Kuala Lumpur lebih makmur menjelang 2030.

Katanya, ia adalah kerjasama antara kementerian itu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan McDonald’s Malaysia bagi menambah nilai lintasan pejalan kaki di Bukit Bintang supaya kelihatan lebih kreatif dan sebagai simbol ikonik bandar berkenaan.

Azmir berkata, pihaknya amat bersyukur memperoleh peluang untuk menjadi sebahagian daripada pelan pembangunan fizikal dalam wawasan kerajaan untuk menampilkan Kuala Lumpur lebih maju menjelang 2030.

“Kami sudah meningkat maju bersama-sama rakyat Malaysia sejak 40 tahun lalu dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Kuala Lumpur dan Malaysia secara keseluruhan.

“McDonald’s terus komited dalam memberi sumbangan kepada pemulihan ekonomi negara, seperti diumumkan dalam lima tahun perancangan pengembangan perniagaan awal bulan ini,” katanya.

Pada masa sama, Azmir memaklumkan, McDonald’s Malaysia akan melabur sebanyak RM1.35 bilion sepanjang lima tahun akan datang untuk membuka 205 restoran baharu.

Jelasnya, pelaburan itu akan turut menawarkan peluang kerjaya kepada lebih 50,000 rakyat Malaysia menjelang tahun 2026.

“Kami berharap penukaran lintasan pejalan kaki Bukit Bintang kepada Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s ini akan membantu memperkukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai lokasi wajib dilawati pelancong tempatan dan luar negara.

“Lintasan ini turut diharap akan menjadi satu simbol ikonik dan ‘Insta-worthy’ di Kuala Lumpur,” ujarnya. - Getaran, 15 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global