web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dipercayai Edar Dadah, Anak Dan Bapa Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Mar 2022 9:38PM

Ahmad Jefferi Abdullah (tengah) menunjukkan sebahagian dadah jenis methamphetamine dianggar seberat 54.06 (kg) kilogram bernilai kira-kira RM1.95 juta yang dirampas dalam serbuan di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, dekat sini, Khamis lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Dua beranak yang dipercayai terbabit aktiviti mengedar dadah sejak awal Januari lalu, ditahan polis dalam serbuan di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Kuala Langat, Selangor, baru-baru ini.

Serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor itu, berjaya merampas 53 bungkusan teh dipercayai berisi dadah jenis syabu bernilai RM1.95 juta di sebuah rumah teres dua tingkat yang dijadikan stor simpanan bahan terlarang berkenaan.

Ketua JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah berkata, ketika serbuan pada jam 4.05 petang, suspek bersama anak lelakinya itu cuba melarikan diri dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner.

Jelasnya, ketika serbuan, seorang daripada suspek yang sedang mengeluarkan sebuah kotak dari kenderaan itu terkejut melihat polis sehingga barangan terbabit terlepas dan dia cuba melarikan diri, namun ditahan.

“Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan terbabit, polis merampas kotak berisi 10 bungkusan teh Cina bertulisan Guanyinwang dipercayai mengandungi methamphetamine seberat 10.2 kilogram,” katanya pada sidang media di IPK Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan dijalankan ke atas kedua-dua suspek membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Saujana Putra kira-kira jam 6.20 petang.

Katanya, hasil serbuan itu, pihaknya menemukan dua kotak berisi 43 bungkusan teh dipercayai mengandungi dadah jenis syabu seberat 43.86 kilogram.

“Siasatan mendapati rumah diserbu itu adalah rumah dipercayai dijadikan stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan.

“Rampasan dadah bernilai  RM1.95 juta itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran di Selangor,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek menetap di Kelantan dan menjalankan perniagaan menjual barangan mainan.

“Suspek adalah warga negara Thailand berusia 49 tahun dan tiada rekod jenayah lampau, manakala anak lelakinya, rakyat tempatan berusia 26 tahun, mempunyai satu rekod jenayah di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya.

Menurutnya, hasil saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya negatif dadah.

“Polis turut menyita sebuah kenderaan dan wang tunai berjumlah RM60,400.

“Kedua-dua suspek yang menetap di Kelantan kini direman sehingga 17 Mac untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. - Getaran, 15 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah