web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Konflik' Status Kekosongan Presiden MTUC Diselesaikan 20 Mac

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 9:33PM

Kamarul Baharin Mansor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan membincang dan membuat keputusan berhubung kekosongan jawatan Presidennya pada mesyuarat Majlis Am, 20 Mac ini.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, keputusan terbabit akan dibuat berdasarkan perlembagaan MTUC bagi mengelakkan konflik berpanjangan. 

“Mesyuarat Majlis Am dijadualkan semula pada 20 Mac, selepas pertangguhan mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada Disember tahun lalu.

"MTUC akan membincangkan status Presiden pada mesyuarat Majlis Am dan akan memutuskan segala persoalan mengenai status Presiden,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kekosongan kerusi Presiden MTUC bermula apabila calon jawatan itu mendapat undian seri semasa pemilihan pegawai kongres berkenaan pada September 2020.

Menurut Kamarul Baharin, perlembagaan MTUC tidak menyatakan kaedah bagi menyelesaikan isu calon Presiden, memandangkan perkara tersebut terjadi di luar jangkaan kepimpinan.

Jelasnya, isu seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah perlembagaan MTUC sepanjang 70 tahun sejak penubuhannya.

“Berdasarkan perlembagaan MTUC, Mesyuarat Majlis Am adalah kuasa tertinggi untuk membuat sebarang keputusan,” katanya.

Beliau berkata, maka sehingga tarikh Mesyuarat Majlis Am diadakan, semua pandangan dan kenyataan daripada mana-mana pihak atau individu adalah berasaskan kepada andaian serta kemungkinan sahaja.

“MTUC juga akan memainkan peranan seperti biasa sepertimana ketiadaan Presiden selama 30 bulan yang lalu, sebelum keputusan dimuktamadkan.

“Semua aktiviti dan program akan berjalan bagi kepentingan seluruh kaum pekerja di Malaysia. MTUC akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas mesyuarat Majlis Am dan status Presiden diputuskan,” katanya.- Getaran, 15 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini