web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Akhirnya Benar Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 2:13PM

Ismail Sabri - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas menerima desakan daripada pelbagai pihak, kerajaan akhirnya memutuskan untuk membenarkan pencarum melakukan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan pada mulanya amat berat hati untuk meluluskan pengeluaran terbabit.

Namun, menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap fasa pemulihan pandemik COVID-19 dilaksanakan.

“Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

“Bagaimanapun, kita dapati ada dalam kalangan Keluarga Malaysia masih terkesan dengan ekonomi, hilang sumber pendapatan dan kesukaran membina semula kehidupan.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti semua pihak untuk pengeluaran caruman KWSP.

“Justeru, hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000. Ini keputusan yang sukar kerana melibatkan simpanan tua hari rakyat,” katanya menerusi sidang media khas, hari ini.

Jelasnya, perincian mengenai pengeluaran simpanan terbabit akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pengeluaran khas itu juga dilihat merupakan jalan tengah dalam mengimbangi keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

“Walau kerajaan membenarkan pengeluaran khas ini namun saya merayu kepada pencarum untuk kekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Kerajaan berharap pencarum membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan mereka,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global