web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


93 Peratus Laporan AEFI Disahkan Tidak Serius

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 3:06PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 93 peratus daripada 23,957 laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) yang diterima Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga 11 Mac lalu disahkan tidak serius.

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Dr Roshayati Mohamad Sani berkata, pihaknya menerima 25,746 laporan termasuk 1,411 membabitkan dos penggalak vaksin COVID-19 dan 182 bagi penerima vaksin kanak-kanak.

“Daripada jumlah keseluruhan ini, terdapat 1,789 laporan dikategorikan sebagai serius bersamaan kadar 27 laporan bagi setiap sejuta dos.

“Kesan demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala, sakit otot dan keletihan adalah antara kesan advers paling kerap dilaporkan oleh penerima vaksin dan ia biasanya pulih dalam masa satu atau dua hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Taklimat Bersama Media berhubung Laporan AEFI Vaksin COVID-19 Siri 3/2022 secara dalam talian, hari ini.

Dr Roshayati berkata, sebanyak 67,978,370 dos vaksin COVID-19 sudah diberikan membabitkan jenama Comirnaty (Pfizer), CoronaVac (Sinovac), AstraZeneca (AZ), Convidecia (CanSino) dan COVILO (Sinopharm).

Tegas beliau, penerima vaksin yang mengalami sebarang kesan advers serius atau berpanjangan perlu segera merujuk ke mana-mana fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan, agar siasatan lanjut boleh dijalankan.

“Kesan advers serius adalah kesan yang memerlukan kemasukan ke hospital, pemanjangan tempoh di wad, mengancam nyawa atau disyaki menyebabkan kematian.

“NPRA turut memantau rapat beberapa risiko keselamatan vaksin COVID-19 yang dikenal pasti atau Adverse Event of Special Interest (AESI) dalam kalangan penerima vaksin di Malaysia ekoran isu keselamatan vaksin Covid-19 di peringkat global,” katanya.

Sementara itu Dr Roshayati berkata, 24 daripada 54 kematian yang dilaporkan dalam kalangan penerima vaksin dos penggalak Covid-19 didapati tiada hubung kait dengan suntikan diterima.

“Rumusan terhadap jumlah kematian itu telah dinilai Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK).

“Sejumlah 23 laporan kematian lagi sedang dalam proses untuk dilengkapkan sebelum dibentangkan bagi penilaian jawatankuasa itu,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad