web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Emas Onani, Cium Pakaian Dalam Dipenjara Sebulan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 3:11PM

Tangkap layar dari video menunjukkan seorang warga emas melakukan perkara tidak senonoh.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku salah berkelakuan tidak senonoh di sebuah flat di Jalan Klang Lama, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner (ACP) Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek berusia 62 tahun itu perlu menjalani hukuman terbabit selepas gagal membayar denda sebanyak RM3,000 yang ditetapkan oleh mahkamah.

“Kertas siasatan yang lengkap telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur semalam, dan arahan tuduh di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dikenakan ke atas suspek kerana perbuatan mengaibkan kehormatan atau mengganggu kesantunan.

“Suspek mengaku salah ke atas pertuduhan yang dibacakan dan telah dikenakan hukuman sebanyak RM3,000 atau satu bulan penjara. Namun, denda yang dikenakan tidak mampu dibayar dan suspek perlu menjalani hukuman penjara tersebut,” katanya, hari ini.

Amihizam turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang bertentangan dengan peruntukkan undang-undang negara.

“Sebarang maklumat mengenai kes jenayah, sila laporkan segera pada polis di Hotline Polis Brickfields di talian 03- 2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Warga emas terbabit telah ditahan Isnin lalu selepas menerima aduan daripada orang awam pada jam 2.44 petang.

Menurut beliau, suspek telah mengambil pakaian dalam yang telah dijemur serta mencium dan melakukan perbuatan tidak senonoh.

Amihizam berkata, aksi lelaki itu telah dilihat serta dirakam oleh jiran, sebelum menghubungi mangsa untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Hasil risikan, tegasnya, pasukan polis berjaya menahan suspek di Puchong bagi melakukan siasatan lanjut di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Sebelum ini, tular dua video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas berkelakuan tidak senonoh di tempat awam, apabila menghidu pakaian dalam yang disidai di ampaian baju sambil beronani. - Getaran, 16 Mac 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah