web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hanya 6 Laporan AEFI Bagi Kanak-Kanak Dikategori Serius - NPRA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 4:18PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terdapat enam laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) yang diklasifikasikan sebagai serius susulan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) bermula Febuari lalu.

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Dr Roshayati Mohamad Sani berkata, daripada jumlah itu, satu laporan membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

“Lima kes lagi yang melibatkan kanak kanak dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun telah dimasukkan ke hospital untuk pemantauan selanjut.

“Setakat ini dua daripada mereka telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar daripada hospital.

“Bagi kes BID, siasatan lanjut sedang dilakukan berikutan pesakit yang berusia tujuh tahun mempunyai sejarah penyakit sedia ada.

“Setakat ini kita belum terima laporan sama ada mempunyai hubung kait dengan penyakit atau disebabkan vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Taklimat Bersama Media berhubung Laporan AEFI Vaksin COVID-19 Siri 3/2022 secara dalam talian, hari ini.

Menurut Dr Roshayati, beliau optimis bahawa kematian kanak-kanak itu bukan disebabkan vaksin COVID-19 berdasarkan bukti yang diterima pihaknya.

Terdahulu, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) khusus untuk kanak-kanak atau PICKids dilaksanakan bermula 3 Februari lalu dengan hanya menggunakan vaksin jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech.

Kementerian menetapkan sela masa selama lapan minggu antara dos pertama dan kedua dengan sasaran ditetapkan seramai empat juta kanak-kanak layak divaksin di seluruh negara.

PICK dilancarkan pada 24 Februari 2021 untuk individu berusia 18 tahun ke atas, sebelum disusuli PICK Remaja pada 8 September lalu bagi yang berumur 12 tahun hingga 17 tahun.

Sementara itu, Dr Roshayati berkata, sehingga 11 Mac lalu, sejumlah 1,097,425 dos vaksin telah diberikan bagi kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun.

“Jumlah kes ini membuktikan kadar AEFI bagi kelompok tersebut adalah lebih rendah berbanding bilangan keseluruhan pelaporan iaitu nisbah 0.4 bagi setiap 1,000 dos.

“Majoriti laporan AEFI iaitu 96.7 peratus adalah melibatkan kesan tidak serius seperti demam, stress terhadap suntikan atau proses vaksinasi, reaksi pada kegatalan kulit, pening dan sakit kepala,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya sekiranya ibu bapa mempunyai pilihan selain vaksin Comirnaty Pfizer, Dr Roshayati menegaskan,  mereka mempunya pilihan selepas mengadakan perbincangan dan mendapat persetujuan daripada pihak perubatan.

“Pemilihan vaksin ini ikutkan kita beri apa yang telah dipersetujui namun ibu bapa boleh terlebih dahulu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan konsultasi bersesuaian.

“Namun, jika nak beri Sinovac dan mendapat persetujuan baru boleh diberikan. Ada pilihan untuk ibu bapa namun perlu berjumpa dengan pihak doktor terlebih dahulu,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Denggi: Simptom Serius Boleh Membawa Maut

3

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah