web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Ahli ‘Geng Kacang’ Berjaya Diberkas, Seorang Masih Diburu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 5:11PM

Superintendan Ahmad Ridhwan menunjukkan barangan yang dirampas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dengan jenayah pecah rumah di kawasan Telok Panglima Garang, Kuala Langat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya juga sedang memburu seorang lagi suspek lelaki disyaki rakan sejenayah yang masih bebas.

Menurut beliau, polis pada 7 Mac lalu telah menerima laporan daripada seorang lelaki yang bekerja sebagai juruteknik, memaklumkan rumahnya di Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang telah dipecah masuk beberapa individu tidak dikenali.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Telok Panglima Garang menahan dua lelaki warga tempatan di sekitar kawasan tersebut pada jam 4.30 petang hari yang sama.

“Ketika serbuan, polis juga berjaya menemui sejumlah barangan dan wang disyaki hasil daripada kegiatan pecah rumah di sekitar Telok Panglima Garang,” katanya hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek berumur 26 tahun serta 46 tahun itu merupakan anggota Geng Kacang dan masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek pertama mempunyai sembilan rekod jenayah manakala seorang lagi suspek mempunyai dua rekod jenayah. Kumpulan ini aktif dalam melakukan jenayah sejak dua bulan yang lalu.

“Pihak polis percaya dengan penangkapan ini telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya empat kes pecah rumah di sekitar kawasan Telok Panglima Garang,” katanya.

Beliau memberitahu, kedua-dua suspek telah direman selama empat hari dan ditahan di Lokap Balai Polis Banting IPD Kuala Langat.

“Kes disiasat di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah rumah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun.

“Bagi kesalahan kedua dan seterusnya boleh dikenakan denda atau sebat jika disabit kesalahan,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Ibarat Sedekah Kepada Penjenayah, Ramai Tinggal Kunci Pada Motosikal - KP Kedah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Aktif Pecah Pejabat Kerajaan, Sekolah, Geng Capang Akhirnya Tumpas

3

Semasa 4 bulan yang lalu

2 Anggota Polis Maut Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Buru Pencuri Pakaian Dalam Wanita di Balik Pulau

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka