web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Cari Jalan Perkasa Penggunaan Getah Beku Dalam Turap Jalan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 8:11PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

 KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya digesa mencari pendekatan bagi memperkasakan penggunaan getah beku secara meluas dalam turapan jalan, khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar. 

Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip berkata, pihaknya meyakini penggunaan getah beku bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah kerosakan berulang, malah mampu menstabilkan harga getah. 

Menurut beliau, tindakan terbabit jika dipandang serius oleh kerajaan secara tidak langsung akan membantu lebih 400,000 penoreh getah di negara ini.

“Getah beku mempunyai kelebihannya yang tahan lasak (durable), tahan gelinciran dan pemanduan yang lebih selesa. 

“Meskipun penggunaan getah beku ini mungkin akan mengambil kos yang agak tinggi sekitar 15 peratus di awal penggunaannya namun tetap memberikan keuntungan dalam jangka masa panjang,” katanya, hari ini. 

Jelasnya, ini kerana ia mampu menjimatkan kos penyelenggaraan dengan anggaran RM25,000 bagi setiap kilometer. 

“Selain dari itu, usaha ini mampu memperluaskan penggunaan getah beku sebagai salah satu bahan komoditi tempatan penting negara,” katanya. 

Sementara itu, berdasarkan kajian oleh Lembaga Getah Malaysia(LGM), jelasnya, sebanyak 4.2 tan getah beku diperlukan untuk menurap setiap satu kilometer jalan di negara ini.

Justeru, Nor Azrina menegaskan perkara itu membuktikan akan berlaku peningkatan penggunaan domestik getah sebanyak 10 peratus selama setahun. 

“Kerajaan sebelum ini telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta dalam Belanjawan 2019 untuk pembangunan teknologi Cuplump Modified Bitumen (CMB) dan 59 lokasi telah mendapat manfaat dengan pembinaan turapan jalan Cuplump Modified 

Asphalt (CMA) sebanyak 202.68 km.

“Penggunaan Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (Cuplump Modified Asphalt - CMA) ini bukan sahaja tahan lasak bahkan menguntungkan dari sudut penyelenggaraan kerana ia dianggap ‘free  maintenance’,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global