web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KWSP Akan Permudah Pengeluaran Khas RM10,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Mar 2022 8:16PM

KWSP akan memastikan pengeluaran khas berjumlah RM10,000 kepada pencarum dipermudahkan. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) komited memastikan pengeluaran khas berjumlah RM10,000 kepada pencarum yang baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipermudahkan.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi hantaran Facebook miliknya, hari ini. 

Menurut beliau, perbincangan mengenai perkara tersebut juga telah selesai dilakukan.

“Saya baru sahaja habis berbincang dengan KWSP. 

“Mereka akan memastikan agar pengeluaran khas KWSP ini dipermudahkan,” katanya.

 

Saya baru habis berbincang dengan KWSP. Mereka akan memastikan agar pengeluaran khas KWSP ini dipermudahkan.

Posted by Tengku Zafrul on Wednesday, March 16, 2022

Kerajaan akhirnya memutuskan untuk membenarkan pencarum melakukan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 daripada akaun KWSP selepas menerima desakan pelbagai pihak. 

Ismail Sabri berkata, kerajaan pada mulanya amat berat hati untuk meluluskan pengeluaran terbabit, namun keputusan itu dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap fasa pemulihan pandemik COVID-19 dilaksanakan.

Jelasnya, pengeluaran khas itu juga dilihat merupakan jalan tengah dalam mengimbangi keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Katanya, walaupun kerajaan membenarkan pengeluaran khas namun beliau merayu kepada pencarum untuk kekalkan simpanan kecuali keadaan benar-benar mendesak.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi menyokong langkah Perdana Menteri membenarkan pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000. 

Menurut beliau, majoriti rakyat amat mengharapkan pengeluaran itu kerana mengharungi kehidupan yang susah dan terdesak ekoran penularan wabak COVID-19. 

“Pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan untuk berbelanja perlu secara berhemah mengikuti kepentingan dan keperluan mendesak pada masa kini.

“Bagi mereka tidak memerlukan, biarkan simpanan tersebut kekal di dalam KWSP kerana yang penting, kita harus mengimbangi antara masalah masa depan dan keperluan hari ini” katanya. - Getaran, 16 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini