web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kematian Warga Emas Akibat COVID-19 Semakin Meningkat 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 2:48PM

Kadar kemasukan kes COVID-19 ke hospital dan kematian dalam kalangan warga emas juga adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan umur yang lain. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar kematian dalam kalangan warga emas yang dijangkiti COVID-19 semakin meningkat terutamanya membabitkan kumpulan berusia 80 tahun dan ke atas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kumpulan warga emas yang tidak divaksinasi paling berisiko mendapat jangkitan teruk dan seterusnya mengakibatkan kematian. 

Menurut beliau, kadar kemasukan kes ke hospital dan kematian dalam kalangan warga emas juga adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan umur yang lain.

"Kadar kemasukan ke hospital awam bagi kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 adalah paling tinggi dalam kalangan warga emas. Sejak Minggu Epidemiologi (ME) 3/2022, kadar kemasukan pesakit COVID-19 dalam kalangan warga emas telah meningkat daripada 1.0 per 100,000 populasi kepada 9.0 per 100,000 populasi pada ME 10/2022.

"Ada kalangan kes COVID-19 yang akan merosot, memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) atau mati. Justeru itu, kenaikan kadar kemasukan pesakit COVID-19 di kalangan warga emas ke hospital ini amat membimbangkan. Data jelas menunjukkan bahawa warga emas yang tiada vaksinasi atau tiada dos penggalak amat berisiko tinggi meninggal dunia akibat COVID-19," katanya. 

Dr Noor Hisham berkata, kadar kematian membabitkan pesakit Covid-19 yang berusia 80 tahun ke atas adalah 2,000 bagi setiap 100,000 penduduk di negara ini, berbanding 300 hingga 600 kes bagi setiap 100,000 penduduk yang berusia 60 hingga 79 tahun.

"Ini adalah kerana daya tahan tubuh yang rendah, menghidapi pelbagai penyakit kronik, dan faktor fraility menyebabkan proses penyembuhan dan pemulihan dari jangkitan COVID-19 juga lebih perlahan dan rumit," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak 86,804 kes COVID-19 adalah dalam kalangan warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Daripada jumlah tersebut jelasnya, 83,709 kes atau 96.44 peratus telah direkodkan mengalami jangkitan pada kategori 1 dan 2 semasa baharu didiagnosa manakala 3,095 kes mengalami jangkitan pada kategori 3, 4 dan 5. 

"Ternyata peratus liputan vaksinasi yang agak tinggi dalam kalangan warga emas telah membantu mengurangkan kes COVID-19 yang serius (kategori 3, 4, dan 5) bagi kumpulan ini. 

"Namun begitu, liputan dos penggalak perlu dan boleh dipertingkatkan lagi daripada 74.2 peratus agar golongan warga emas lebih terlindung daripada bahaya komplikasi dan kematian akibat jangkitan COVID-19," katanya.

Lantaran itu, Dr Noor Hisham berkata, warga emas yang telah menerima vaksinasi COVID-19 lengkap dan dos penggalak adalah paling terlindung, kerana kes jangkitan kategori 1 dan 2 adalah lebih tinggi berbanding kes jangkitan kategori 3, 4, dan 5. 

Menurut beliau, kematian akibat COVID-19 dalam kalangan penerima dos penggalak adalah lebih rendah berbanding kumpulan yang tidak divaksinasi dan mereka lengkap divaksinasi tetapi tidak lengkap dos penggalak.

"KKM ingin menyeru kepada semua warga emas yang berkelayakan namun belum menerima vaksin sama ada dos primer atau dos penggalak untuk segera mendapatkannya dari pusat pemberian vaksin (PPV) yang terdekat secara walk-in.

"Pengambilan vaksin COVID 19 terutama dos penggalak amat penting untuk warga emas bagi melindungi mereka daripada jangkitan teruk virus tersebut yang boleh membawa maut di samping sebagai persediaan apabila negara memulakan fasa ‘peralihan ke endemik’ pada 1 April 2022,” katanya. - Getaran, 18 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini