web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hakimah Wanita Pertama Dilantik Ketua Pengarah JAKIM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 3:21PM

Hakimah Mohd Yusoff

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) buat julung kalinya diterajui oleh seorang wanita yang dilantik sebagai ketua pengarah.

Beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah baharu jabatan itu berkuat kuasa 21 Mac nanti.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan wanita pertama bagi menerajui JAKIM akan meningkatkan pembabitan golongan itu sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam.

Pada masa sama beliau menegaskan, pemilihan Hakimah adalah berdasarkan perkhidmatan beliau selama 30 tahun khususnya di agensi tersebut.

“Tahniah atas pelantikan Datuk Hakimah sebagai Ketua Pengarah Jakim berkuat kuasa pada 21 Mac ini.

"Semoga dengan pelantikan ini dapat memacu JAKIM ke arah memperkasa peranannya sebagai agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan yang kompetitif serta berdaya saing di peringkat global," katanya di sini.

Pelantikan Hakimah sebagai Ketua Pengarah JAKIM ialah bagi menggantikan Datuk Abdul Aziz Jusoh yang bersara wajib 9 November lalu.

Hakimah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) daripada Universiti Malaya (UM) pada 1990 dan Ijazah Sarjana daripada Universiti Putra Malaysia pada 2001.

Kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam bermula sebagai Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM pada 1992.

Beliau sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM. - Getaran, 18 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka