web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Operasi Khas JSPT, 25 Individu Ditahan, 660 Saman Diberi 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 2:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 25 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar ibu kota bermula Jumaat lalu hingga malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya turut mengeluarkan 660 saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi tersebut.

"Tujuh lelaki berusia antara 16 hingga 18 tahun ditahan atas kesalahan  menunggang dalam keadaan berbahaya dan melakukan aksi zig-zag, roket, 'superman' serta bersaing.

"Turut ditahan 13 lelaki yang berusia  dalam lingkungan 28 hingga 38 tahun mengikut Seksyen 45(A) APJ 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori kerana menunggang motosikal curi dan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk siasatan lanjut.

Katanya, sebanyak 38 buah motosikal disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

Jelas Sarifudin lagi, dalam operasi sama, seramai empat lelaki berusia dalam lingkungan 19 hingga 22 tahun ditahan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil (AKK) 1955 dan akan dituduh mengikut Seksyen 108(3)(e) APJ 1987 kerana memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.

"Operasi selama tiga hari itu dijalankan di beberapa laluan utama termasuk di Jalan Pahang, Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

"Pihak polis akan mempertingkatkan operasi di hujung minggu untuk membanteras aktiviti samseng jalanan dan menjaga keselamatan pengguna jalan raya," tegasnya. - Getaran, 20 Mac 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi