web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengeluaran Khas KWSP Hanya Tindakan Populis UMNO Kekalkan Kuasa 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 6:18PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000 hanyalah polisi populis yang dilakukan oleh UMNO. 

Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute (IRIS), Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berpandangan, pengeluaran simpanan KWSP secara ‘blanket’ itu membuktikan pihak terdesak di kalangan UMNO tidak mempedulikan implikasi sebenar kepada ekonomi negara. 

Beliau tidak pelik desakan terbabit dilakukan parti itu kerana ini bukan kali pertama elit Melayu dalam UMNO menggunakan taktik tersebut. 

"Desakan seperti itu adalah tidak bertanggungjawab demi semata-mata untuk meraih sokongan dan mengekalkan kuasa serta kedudukan mereka. 

"Inilah barah yang turut perlu diperangi oleh setiap ahli akar umbi UMNO terhadap kepimpinan mereka," katanya, hari ini. 

Syed Ahmad berkata, ahli UMNO perlu memandang serius isu tersebut selain daripada politik wang dan rasuah yang menjadi mekanisme utama kawalan elit Melayu dalam UMNO.

“Jika tidak bukan sahaja UMNO akan lingkup, malah negara sendiri akan menanggung kesan buruk yang bertimpa-timpa sejak dahulu, ” katanya. 

Selepas menerima desakan pelbagai pihak, kerajaan akhirnya memutuskan untuk membenarkan pencarum melakukan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 daripada akaun KWSP. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan pada mulanya amat berat hati untuk meluluskan pengeluaran terbabit.

Namun, menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap fasa pemulihan pandemik COVID-19 dilaksanakan.

Jelasnya, pengeluaran khas itu juga dilihat merupakan jalan tengah dalam mengimbangi keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut menegaskan KWSP komited memastikan pengeluaran khas itu akan dipermudahkan.

Beliau juga mengesahkan telah mengadakan perbincangan bersama KWSP dalam mengetahui perancangan yang akan dilakukan oleh agensi tersebut. - Getaran, 20 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang