web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Premis Jual Barangan Tiruan Diserbu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 5:47PM

Kesemua barang dirampas dianggarkan bernilai RM10,000. - Gambar ihsan KPDNHEP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat premis perniagaan disyaki menjual barangan tiruan sekitar ibu kota diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNHEP Kuala Lumpur, Nurul Syarina Md Anuar berkata, serbuan tersebut melibatkan dua premis peruncit di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Jalan Bukit Bintang dan dua premis pemborong di Jalan Kenanga.

Katanya, operasi berkenaan dilaksanakan selepas mendapat aduan dan maklumat risikan yang dikumpul selama seminggu.

“Kempat-empat premis perniagaan tersebut disyaki menjual pelbagai barangan seperti pakaian, beg, jam tangan dan kasut pelbagai jenama yang dipakaikan cap dagangan secara salah di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

“Kesemua 626 unit barangan dirampas itu dianggarkan bernilai RM10,000 melibatkan kesemua premis,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 102(1)(b) Akta Cap Dagangan 2019.

“Sebuah premis pemborong tersebut juga didapati turut menjual barangan tiruan secara atas talian kepada pelanggan di seluruh Malaysia,” katanya.

Nurul Syarina berkata, KPDNHEP WPKL juga turut menahan dua individu, masing-masing seorang rakyat tempatan dan Indonesia untuk tindakan lanjut.

Katanya, mereka akan disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

“Pihak KPDNHEPKL akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan undang-undang Harta Intelek secara berterusan dalam membanteras penjualan barangan tiruan, terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Kami turut, memberi amaran keras kepada mana-mana individu dan syarikat supaya tidak melanggar undang-undang sedia ada,” ujarnya. - Getaran, 21 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Serbuan Pusat Hiburan: 10 Wanita Asing, Lelaki Tempatan Ditahan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

LHDN Nafi ‘Serbuan’ Di Kediaman Hamzah Bermotifkan Politik

3

Semasa 1 tahun yang lalu

40 Individu Ditahan Disyaki Terlibat Sindiket Perjudian, Pengurup Wang Digital Tidak Sah

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

OIC Beri Amaran 'Konfrontasi Agama' Ekoran Serbuan Israel Ke Atas Al-Aqsa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah