web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JAKIM Tentang Tayangan Drama Perempuan Itu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 4:09PM

Tangkap layar dari video yang tular di media sosial.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menentang keras penyiaran drama 'Perempuan Itu' yang dipercayai mengandungi babak 'panas' dan bakal ditayangkan Ramadan nanti.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pihaknya memandang serius sedutan adegan drama berkenaan yang menjadi isu hangat di media sosial baru-baru ini.

"Drama seumpama ini tidak wajar disiarkan pada bila-bila masa apatah lagi di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ketika seluruh umat Islam melaksanakan ibadat puasa.

"JAKIM telah menyatakan pendirian dan pandangan mengenai isu ini kepada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya tindakan tegas dapat diambil segera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menentang keras penyiaran program seumpama ini yang jelas mempamerkan perbuatan dilarang Islam.

Katanya, sedutan drama terbabit dengan aksi dan adegan tidak bermoral yang melampaui batas jelas bertentangan dengan norma masyarakat dan hukum syarak.

"JAKIM menggesa semua pihak sama ada stesen penyiaran, penerbit, penulis skrip dan para pelakon agar lebih cakna dan mengelakkan isu seumpama ini.

"Ini kerana ia akan menyerap masuk ke dalam jiwa masyarakat khususnya golongan remaja,” tegasnya.

Tambahnya, JAKIM  tidak akan berkompromi dengan isu seumpama ini dan akan sentiasa bersama dengan semua pihak berkuasa bagi memantau dan mengambil tindakan sewajarnya agar ia tidak berulang.

Aktor Zul Ariffin pada Jumaat lalu memuat naik sebuah video yang memaparkan beberapa babak panas bersama pelakon baharu, Siti Hariesa dalam drama berjudul 'Perempuan Itu' di akaun Instagram miliknya.

Hantaran itu mencetuskan kontroversi dan menerima kecaman ramai yang menyifatkan ia menyerupai babak filem lucah. – Getaran, 21 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'